Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya. (Hamka). Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).
Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”. (Hamka).
Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Posted by izmal on March 25, 2008 at 11:15 am
WAH BANYAK POST KAK CHE…..KITE PUNYA DAH JADI TAK BETUL DAH.
Posted by atisuri on March 28, 2008 at 5:48 am
slm che’ . itu org yg sy suka tuu…
Posted by mirhans safni on March 28, 2008 at 9:20 am
che..ida suka sangat klu dengar nama hamka. ade tak member nama hamka? thanks kata2 penuh bermakna ni..sukerrr..
Posted by UtusaN on April 19, 2009 at 6:57 am
dr hamka..
aku masih ingat,’CINTA mengajar kita MEMBANGKITKAN KEKUATAN,bukan untuk MENJADI LEMAH’..
aku suka bila prof dr Hamka berbicara tentang ‘CINTA’
Posted by kuek on August 10, 2009 at 7:26 am
salam… setiap manusia ada kelebihan n kekurangan masing2… kata-kata yang lembut bisa melenturkan hati yang keras… kata-kata yang baik.. menyejukkan hati orang yang mengyahati bait2 kata itu… ayat2 Al-quran tidak siapa yang bisa menandinginya… krn kata2 di dalam al-quran penun dgn pedoman dan petunjuk bg orang2 yang ingin belajar, memahami n hayati ayat2 allah s.w.t……..
Posted by Girlzs_Eryna89 on June 4, 2009 at 6:08 am
Dr.Hamka…..suka sangat……..kalu bleh nak jmp Dr.hamka 2 nak mtk motivasi dia..
Posted by saiful on August 2, 2009 at 12:37 pm
salam singgah…. sila lawat blog saya…http://saifulnazaree.blogspot.com/
Posted by muhammad afiq bin mohamad on August 20, 2010 at 2:47 am
siapa yang boleh bercakap seperti cara pemikiran dr hamka….