TRIP TO GUNUNG JERAI/ TEAM SEKSYEN DASAR SARAAN

Team DS yang sedang mengukir senyuman di awan Gunung Jerai

KEMUNCULAN STESEN TV AL-HIJRAH MENDAPAT SAMBUTAN

Selebriti Puji Kemunculan Stesen TV AlHijrah

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Biarpun baru sebulan bersiaran, stesen televisyen percuma (FTA) terbaru TV AlHijrah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak termasuk rakan selebriti.

Menurut pengacara Farrah Adeeba, kemunculan TV AlHijrah mampu memberikan lebih banyak program berinformasi dan bernilai murni untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

“Alhamdulillah, lahirnya sebuah stesen televisyen terbaru di Malaysia. TV AlHijrah mungkin digambarkan sebagai salah sebuah saluran televisyen yang sesuai untuk orang Islam tetapi sebenarnya pengisiannya sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

“Sebagai ibu, pastinya saya perlu memantau apa yang anak tonton di televisyen. Alhamdulillah, apabila anak tonton saluran ini, saya tidak bimbang untuk melepaskannya menonton seorang diri kerana semua intipatinya selamat untuk ditonton bukan sahaja kepada orang dewasa malah juga kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

“Jadi saya rasa lega apabila mempunyai saluran seperti ini,” katanya yang turut menerbitkan program realiti kanak-kanak berjudul Sekolah Saya Hebat untuk stesen televisyen itu.

Sementara pelakon Ika Zulkifli menganggap TV AlHijrah sebagai satu saluran televisyen yang berbeza.

“Saya rasa TV AlHijrah merupakan saluran televisyen baru yang agak bagus kerana setakat ini kita tidak mempunyai banyak saluran televisyen berbentuk islamik. Yang ada pun Astro Oasis. Saluran TV AlHijrah betul-betul menekankan tentang Islam.

“TV AlHijrah bergerak sendiri dan tidak bergantung dengan stesen televisyen lain,” ujarnya yang turut berlakon dalam beberapa buah drama terbitan stesen televisyen itu.

Dalam pada itu, wartawan penyiaran TV AlHijrah, Divesh Kumar Danial Kalulal berharap TV AlHijrah mampu memberikan impak yang besar dalam industri penyiaran.

“Saya mengharapkan TV AlHijrah boleh memberi impak besar dengan konsep penuh ciri islamik yang akan mendidik semua golongan lapisan masyarakat tentang konsep Islam yang global.

“Seterusnya ia dapat memberi mesej dan pemahaman yang jelas tentang Islam terutama kepada golongan mualaf dan golongan bukan Islam,” komen penyanyi kumpulan Studio Muallaf & Friends ini.

Turut serta memberikan komen tentang TV AlHijrah adalah penyanyi Muadz Dzulkefly dan Leia az-zahra Justin Abdullah.

Bagi Muadz, TV Alhijrah merupakan suatu inisiatif yang amat baik. Jadi, sudah tiba masanya, islamisasi media dalam bentuk yang komprehensif menjadi agenda utama hari ini kerana kekuatan pengaruhnya pada anak muda.

Leia pula berpendapat TV Alhijrah muncul tepat pada masanya yang diharap mampu mensajikan program-program bukan sahaja mendidik jiwa tetapi juga memperlihatkan keindahan sebenar Islam.

Stesen televisyen ini dilancarkan secara rasmi pada Selasa lalu sempena sambutan Awal Muharam di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, Pusat Islam, di sini.

Stesen tersebut telah bersiaran secara penuh bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala hari Jumaat hingga Ahad pula bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Ia merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang menawarkan program-program televisyen berdasarkan perspektif Islam yang menyasarkan golongan belia Islam sebagai penonton utamanya.

Saluran televisyen itu juga adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah stesen televisyen yang mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada orang bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat agama itu.

Studio televisyen berkenaan mengadaptasikan konsep terbuka dengan masyarakat dapat melihat secara langsung bagaimana warga kerja TV AlHijrah menjalankan tugas ketika mereka melawat studio tersebut.

Orang ramai boleh mendapatkan siarannya yang dipancarkan melalui saluran UHF melalui butang kawalan frekuensi pada set televisyen masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.tvalhijrah.com.

DIPETIK DARI BLOG ‘MELAYUKINI’

TOKOH ISLAM – Tangisan Isam Bin Yusuf

Tangisan Isam Bin Yusuf

“Dikisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya: “Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?”

Berkata Hatim: “Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin.” Bertanya Isam: “Bagaimana wuduk batin itu?”

Berkata Hatim: “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara :

·  Bertaubat.

·  Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.

·  Tidak tergila-gila dengan dunia.

·  Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia

·  Meninggalkan sifat bermegah-megahan.

·  Meninggalkan sifat khianat dan menipu.

·  Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata: “Kemudian aku pergi ke Masjid, ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Dan kubayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sumber: tokoh1038.blogspot.com

GURU CEMERLANG, MURID GEMILANG

Budaya kerja cemerlang penentu kejayaan transformasi pendidikan

GENTING HIGHLANDS – Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) perlu mempamerkan budaya kerja yang cemerlang, menepati masa dan efisyen bagi menjamin kejayaan hala tuju pendidikan negara seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, selaku pemimpin utama di barisan hadapan, kewibawaan dan komitmen PPD sangat diperlukan agar bergerak selari dengan pendidikan arus perdana.

Tambah beliau, antara aspek penting yang perlu diberi keutamaan PPD ialah kemantapan hala tuju Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai tanda aras peningkatan prestasi pendidikan di daerah masing-masing.

“Dalam konteks Program Transformasi Kerajaan (GTP), KPI bermakna dapat meningkatkan prestasi kerja, kreativiti, inovasi serta kualiti kepimpinan di Pejabat Pelajaran Daerah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Kebangsaan Pengurusan PPD Kali Ke-12 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini baru-baru ini.

Menurut Abd. Ghafar, setiap Pejabat Pelajaran Daerah mempunyai kekuatan sendiri yang boleh dieksploit dengan sebaiknya demi mengangkat martabat, daya saing pendidikan serta kecekapan pengurusan dan pentadbiran organisasi.

“Setiap PPD perlu merangka KPI yang relevan dengan iklim setempat supaya kelak dapat melonjakkan lagi sistem pendidikan negara agar setanding dengan negara maju.

“Peranan dan tangungjawab PPD di peringkat daerah sangat penting bagi memastikan sasaran pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dapat direalisasikan seiring dengan KPI yang ditetapkan.

“Rakyat atau pelanggan hanya mahu melihat hasil atau produktiviti sebagaimana yang dijanjikan dalam KPI itu,” jelas beliau.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Isa Abu; Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin; Pemangku Pengarah IAB Dr. Naimah Ishak, dan Yang Dipertua Badan Perhubungan PPD Malaysia (PPDM), Aminuddin Adam.

Kata Abd. Ghafar, warga pendidik perlu sedar cabaran pendidikan kini semakin kompleks serta mencabar yang memerlukan satu barisan sumber manusia lebih mantap untuk mengikut arus pembangunan pesat negara.

Justeru, beliau berharap semua PPD sentiasa bersikap profesional bukan sahaja dari segi pelaksanaan tanggungjawab tetapi juga sentiasa menambah baik prestasi dan produktiviti demi melahirkan modal insan yang holistik menepati falsafah pendidikan negara.

SUMBER: RUANGAN PENDIDIKAN UTUSAN ONLINE

REKREASI MENARIK- TERBAIK PUNYE UNTUK PEMBACA

Dusun Eco Resort tawar pakej istimewa

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my

 

Terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur, Dusun Eco Resort Bentong, Pahang dilihat sebagai lokasi paling ideal untuk para pengunjung dari ibu kota beriadah serta mengadakan aktiviti berkumpulan.

Dengan kawasan seluas 28 ekar, Dusun Eco Resort dikelilingi oleh hutan tropikal yang kaya dengan tumbuhan flora dan fauna serta dilengkapi pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk aktiviti rekreasi serta motivasi.

Penolong Pengurus resort, Wan Mohammad Wan Abdullah berkata, antara aktiviti yang boleh diadakan ialah kursus, kem motivasi, kem bina semangat, team building, brainstorming, perkhemahan dan pelbagai lagi aktiviti dalam kumpulan.

“Promosi hebat yang ditawarkan sehingga hari ini telah berjaya menarik minat pengunjung untuk menikmati sendiri kemudahan dan aktiviti menarik yang terdapat di Dusun Eco Resort,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, perkampungan latihan ini dibina di atas tapak dusun durian pada 1996 oleh dua rakan kongsi dengan bantuan seorang bekas tentera, Mejar (B) Ismail Abdul Rahman yang mahir dalam mereka bentuk tapak dan kawasan aktiviti.

“Pada awal penubuhannya, perkampungan ini agak kurang mendapat sambutan kerana keadaan ekonomi negara yang gawat pada masa itu.

“Sehinggalah pada 2002, pihak resort mengambil inisiatif dengan mengadakan pelbagai promosi istimewa bagi menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke tempat ini,” jelasnya.

Katanya lagi, kemudahan yang lengkap untuk pelbagai jenis program serta pendekatan kembali kepada alam sekitar menjadi tarikan utama kawasan rekreasi ini.

“Di sini terdapat pelbagai aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental para pengunjung seperti laluan hutan, kembara malam, flying fox, abseiling dan repelling, rock climbing, wall climbing, jambatan gantung, rentas halangan serta aktiviti air (berakit) dan bermacam-macam lagi,” ujarnya.

Wan Muhammad memberitahu, kawasan penginapan yang disediakan pula mampu menampung seramai 1,400 peserta pada satu-satu masa merangkumi 64 buah chalet, 26 buah chalet A-shape, enam blok asrama dan dua tapak perkhemahan.

“Kemudahan asas yang disediakan pula adalah 14 buah dewan seminar, 15 buah wakaf, dua buah surau dan dua buah dewan makan.

“Selain itu turut disediakan padang kawad, kafe, kedai runcit, kedai cenderamata, kolam mandi, pondok rehat, tandas awam dan perkhidmatan telefon,” terangnya.

Tambahnya lagi, promosi yang ditawarkan adalah serendah RM36 hingga RM59 seorang termasuk makan sebanyak lima kali sehari sementara aktiviti berkhemah pula harganya hanya RM18 hingga RM22.

Satu lagi tarikan utama di sini ialah sukan paintball yang menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding di ibu kota dan di tempat-tempat lain.

Perkhidmatan tambahan yang disediakan ialah khidmat pandu arah terutamanya bagi aktiviti kembara hutan dan berjalan malam, kemudahan untuk hari keluarga dan peralatan serta bahan-bahan untuk barbeque.

Katanya, diharap agar lebih ramai pengunjung datang untuk merasai sendiri pengalaman dan kemudahan yang disediakan di sini.

“Keluarlah dari hiruk-pikuk bandar dan tenangkan fikiran dalam suasana rimba yang nyaman dan menyegarkan.

“Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung dan memberikan respon positif mengenai Dusun Eco Resort. Segala teguran dan komen akan digunakan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan dan kemudahan pada masa akan datang,” tambahnya.

Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut bolehlah hubungi talian 03-20708720 atau e-mel ke sales@dusuneco.com atau dusunecoresort@gmail.com

SUMBER: RUANGAN REKREASI UTUSAN ONLINE BERTARIKH 1 JAN 2011

FOTO KENANGAN 2010 BERSAMA RAKAN SETUGAS

FOTO KENANGAN 2010 BERSAMA WARGA SEKSYEN DASAR SARAAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA

 

GAMBAR KENANGAN 2010 BERSAMA WARGA SEKSYEN DASAR SARAAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA