Tanggal 14 Februari Velentine Day disambut….:)

              “CINTA DI ALAM KAMPUS MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM”

            Oleh Che Noraini Che Omar                

          Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga mempunyai seorang kekasih dan mula setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi. Adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan.                      Menurut pendapat pakar motivasi, En Ahmad Fadzli Yusof yang juga merupakan seorang penulis buku resipi kejayaan pelajar, mengatakan yang cinta itu perlu difahami. “Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri sama ada cinta sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya. Jadi adanya cinta sememangnya  sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi islam”. Dalam keadaan ini, setiap manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya, remaja mahasiswa hari ini, hilang punca dan meletakan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta. Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja. Konsep cinta dalam islam meletakan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Atas dasar ini, islam meletakan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki mahupun perempuan.  Prof Madya Dr Mat Saat Baki, seorang pakar Psikologi pernah menulis;” Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu metos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari masa ke masa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagian tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan. Tapi kalau tidak hati-hati cinta boleh mentulikan dan membutakan mata hati kita. Seperti dalam sebuah Hadith:”Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Daud dan Ahmad).
Dan juga sabda Nabi: “Hendaklah kita benar-benar memejamkan mata dan memelihara kemaluan, atau nanti Allah benar-benar akan menutup rapat matamu.”(HR.Tabrani)”. Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang lebih cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin mengelorakan hawa nafsu, makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah yang paling berbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar beberapa keturunan.  Sebenarnya, ke mana hala tuju destinasi cinta remaja yang bergelar mahasiswa. Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan?  Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala barat yang disifatkan penuh romantis dan indah. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina  bermatlamat  kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat- menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat. Cinta yang dibina bukan cinta kosong, tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.             Suasana persekitaran para remaja hari ini agak gamat sekali jika dibandingkan dengan zaman sebelum ini. Antaranya suasana berkaitan dengan percintaan remaja ketika bergelar mahasiswa. Dalam erti kata lain ialah “cinta di alam kampus” . Permasalahan seperti ini, sudah menjadi kebiasaan kehidupan seseorang yang bergelar mahasiswa IPTA dan IPTS. Kadang-kadang terdengar dibalik kalimah indah ini termasuklah keributan, keresahan yang telah melanda remaja-remaja di luar sana khususnya siswa-siswi kita hari ini sehingga tergadai akidah dan maruah disebabkan kalimah nan indah iaitu “ cinta “.   Apa yang jelas dan pasti fenomena percintaan di kalangan mahasiswa seringkali dipersoalkan. Antara persoalan yang seringkali dipersoalkan berkaitan cinta sewaktu belajar adakah ianya menyalahi tabi’ kehidupan mahasiswa? Mungkin ini benar, mungkin tidak. Kerana ianya bergantung kepada individu punya persepsi. Seperti yang diketahui umum, bercinta memang seronok, asyik, leka dan hanyut dalam dunia tersendiri. Melihat orang lain bercinta rasanya teringin juga untuk ikut sama. Maklumlah jiwa muda, perasaan bergelora, penuh dengan fantasi dan keasyikan. Namun bercinta sudah menjadi kebiasaan di kampus. Pada yang ada rupa dan gaya pasti ada yang punya, malah ada yang tidak cukup dengan satu, keliling pinggan dikoleksikan oleh si mata keranjang ini. Untuk mengatakan bercinta itu salah, pasti ramai yang marah. Hujah sesetengah mahasiswa, cinta itu anugerah dari tuhan dan jangan dipersiakan. Saya akur dengan ketentuan itu. Namun sejauh manakah kebijaksanaan siswa-siswi kita hari ini melayar bahtera cinta mereka sewaktu di alam kampus. Ada di kalangan mereka yang malu-malu, sehingga nak berjumpa pun membawa teman. Maklumlah dah jumpa si buah hati menggeletar seluruh badan.   Namun ramai juga yang leka dan alpa melayarkan bahtera cinta mereka tanpa segan silu melanggar tatasusila budaya apatah lagi kesucian agama. Tanpa menghiraukan sesiapa, mereka bergurau senda, bertepuk sana sini, mencubit manja malah ada juga berjalan sudi dipimpinkan tangannya mahupun dirangkul pinggangnya. Nak kata apa, dunia ini mereka yang punya. Ditegur meradang, disuruh pulang, dipandang kita atas dan bawah. Kata mereka, “kami bukannya buat apa-apapun, cuma borak-borak aje”. Itulah jawapan yang sering kali dilontarkan  oleh sesetengah daripada siswa-siswi kita hari ini. Kebanyakkan masalah ini, tergolong dalam kalangan mahasiswa melayu islam. Sebanyak 20 IPTA yang ada di negara kita, hanya dua atau tiga universiti sahaja yang menempatkan pelajar-pelajar melayu islam tetapi yang lain bercampur. Tidak hairan kalau pelajar-pelajar yang bukan melayu islam yang terdorong dalam masalah ini. Tetapi cukup menghairankan kerana kebanyakan permasalahan cinta di alam kampus terdiri daripada pelajar-pelajar melayu islam. Cukup membimbangkan kalau tidak ikut caranya.             Adakalanya, siang sibuk di dewan kuliah, malam juga di sambung kuliah sampai dinihari. Bezanya kuliah siang beramai-ramai, sebaliknya di malam hari hanya berdua. Kebiasaannya dewan kuliah mereka di malam hari ialah tempat letak kenderaan, di tangga, di kafeteria dan sebagainya. Kadang-kadang tempat lagi kurang cahaya lagi ramai penghuninya. Berbekalkan buku nota di tangan, bermodalkan komputer riba di atas meja, tapi yang di bincang, diborak, atau dikatakan bukanlah sangat pasal pelajaran, tapi cita-cita dan harapan yang entah ke mana.   Pelbagai persoalan yang boleh di persoalkan berkaitan dengan cinta di alam kampus. Beberapa orang mahasiswa dari beberapa buah IPTA telah ditanya tentang permasalahan berkaitan cinta di alam kampus. Mereka ini, yang bergelar mahasiswa sudah tentu terdedah dengan situasi cinta di alam kampus. Persoalan yang telah ditanya, adakah cinta sewaktu belajar adalah untuk main-main atau serius. Adakah ianya juga boleh mendorong memajukan diri mahasiswa dalam pembelajaran atau sebaliknya? Adakah ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai melanggar undang-undang agama dan ianya juga kalau tidak dibendung akan berleluasa, atau permasalahan ini bergantung kepada individu punya persepsi?            Rata-rata mahasiswa berpendapat, cinta di alam kampus ini sememangnya tidak dinafikan mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Berdasarkan pemerhatian terhadap mahasiswa-mahasiswi, cinta di alam kampus ini, membawa kebaikan kepada mereka kerana apabila hendak belajar ianya akan menjadi pendorong kepada pasangan setiap mahasiswa. Selain itu, ianya juga dikatakan sebagai sumber inspirasi kepada pasangan untuk menaikan semangat. Pada mereka, apabila mempunyai pasangan di kampus mereka akan saling bersaing dalam pelajaran dan bersama-sama mengecapi kejayaan. Sebenarnya, tidak salah untuk bercinta di alam kampus. Tetapi sebagai seorang pelajar muslim mesti ada batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, kerana antara mereka belum lagi mempunyai ikatan yang sah. Lebih-lebih lagi, seperti yang diketahui kalau berdua-duaan, orang yang ketiga adalah syaitan. Ianya kalau tidak ada batasan, sangat mudah terdorong untuk melakukan maksiat. Dalam dunia percintaan di kalangan mahasiswa tidak dapat dinafikan, ada juga golongan bukan melayu terutama pelajar cina. Mereka juga bercinta dan mempunyai pasangan. Semasa mereka dating tetapi buku nota berada di depan. Masing-masing berlawan untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Tetapi sesetengah daripada siswa-siswi melayu juga berbekalkan buku nota di depan, bermodalkan computer riba di atas meja, tapi yang dibincang dan diborak bukan sangat pasal pelajaran tapi yang dikatakan tentang dunia yang entah ke mana. Bukannya semua mahasiswa yang mengalaminya, cuma segelintir sahaja. Inilah realitinya.  Jika bercinta di alam kampus buat mereka makin kuat semangat, rasanya tidak salah. Tetapi perlu tahu batasan bercinta. Kadang-kadang terfikir juga, masalah ini kalau hendak dibendung, sangat susah. Kerana setiap manusia yang dilahirkan ingin dicintai dan mencintai. Kerana ini juga adalah naluri hakiki yang dimiliki dalam diri setiap manusia. Apa yang penting tepuk dada tanya iman. Bercinta jangan sampai diri kita mahasiswa hancur dan musnah dengan tipu helah kalimah nan indah ini.

            Di samping kebaikan, ada juga keburukannya. Sesetengah daripada siswa-siswi kita terlalu asyik dan seronok dengan pasangan masing-masing dalam dunia percintaan mereka. Sehingga melalaikan waktu untuk menelaah pelajaran. Sedangkan mereka diamanahkan oleh ibu bapa datang ke universiti adalah untuk menuntut ilmu. Oleh itu, mereka harus sedar akan situasi ini. Ibu bapa yang berada di kampung sangat mengharapkan anak-anak yang dihantarkan ke universiti bertujuan untuk belajar. Tetapi ada juga mereka yang mengambil kesempatan apabila berada jauh daripada ibu bapa khususnya di universiti mereka sanggup melakukan apa sahaja perkara-perkara di luar batasan, sehingga tergadai akidah dan maruah sebagai generasi ilmu Islam. Ini disebabkan kalimah nan indah iaitu ” cinta “. Kalau inilah yang berleluasa di kalangan anak-anak pelajar hari ini, entah apa akan jadi pada dunia. Sebenarnya masalah ini boleh di bendung dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri, untuk menilai samada baik atau buruk perkara yang mereka lakukan.

🙂 Senyum itu adalah satu sedekah

One response to this post.

  1. Posted by lanjoy on May 8, 2008 at 3:50 pm

    cinta kampus memang sesuatu yang lumrah. Ada kebaikan dan keburukan. Sekiranya cinta itu berlandaskan kepada hubungan ikhlas dan tidak menyimpang ia membantu seseorang pelajar. Apatah lagi komitmen dan semangat untuk belajr mungkin meningkat kerana adanya orang tersayng yang sentiasa memberi dorongan. Namun apabila sudah sering bersama dapatkah merek ini melindungi diri dari godaan cinta. Ia bukan mdah apatah lagi jiwa remaja sentiasa bergelora almaklumlah lelaki dan wanita. Apabila sering bersama kecenderungan untuk melakukannya terbuka luas. Secara jujurnya cinta kampus banyak mendatngkan masalah. Saya sendiri pernah mempunyai seorang sahabat yang ketika di universiti bercouple dengan pasangannya selama 4 tahun semenjak mula mereka bersua di minggu suai kenal. Tetapi ketika di minggu akhir final year mereka berpisah kerana adanya orang ke tiga. Bayangkan selma 4 tahun mereka sentiasa bersama di saat2 akhir cinta itu terputus begitu sahja. Satu hal yang nyata pencapaian mereka di universiti tidak begitu membnggakan kerana terllu leka dengan dunia percintaan itu. Ini adalh satu contoh kepada persoalan cinta bukan jalan terbaik ketika menuntut di Universiti.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: