USIM ANUGERAH DOKTOR FALSAFAH

          Tantawi terima Ijazah Kehormat USIM

          KUALA LUMPUR 16 Feb. – Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi, 80, hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Dakwah dan Pengurusan Islam) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

         Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor USIM, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dalam Majlis Konvokesyen Khas yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

       Penganugerahan itu bertujuan mengiktiraf sumbangan beliau terhadap perkembangan dakwah Islam serta peranannya menyebarkan ilmu Islam kepada masyarakat.

         Selain itu, ia juga satu pengiktirafan kepada Tantawi sebagai seorang ilmuan Islam yang sentiasa menganjurkan kedamaian dan keadilan sejagat.

         Majlis tersebut disaksikan oleh hampir 1,000 hadirin terdiri daripada ulama, cendekiawan Islam, peserta Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 dan barisan kepimpinan USIM. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

          Selain ulama dan pendakwah tersohor, Tantawi yang lahir pada 1928 juga merupakan penulis kitab-kitab ilmiah yang kini menjadi rujukan umat Islam sedunia.

         Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin ketika memberi ucapan sebelum penganugerahan itu berkata, sumbangan yang diberikan oleh Tantawi khususnya dalam bidang pendidikan Islam tiada tolok bandingnya.

          Malah beliau berkata, Tantawi seumur hidupnya sentiasa memberi komitmen untuk memartabatkan bidang pendidikan serta ilmu pengetahuan.

         Sementara itu, Sheikhul Al-Azhar itu dalam ucapan balasnya mahu para ulama menyampaikan ilmu secara ikhlas tanpa wujud rasa takut dalam menyatakan kebenaran.

        Beliau berkata, tugas tersebut perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab kerana ia satu tuntutan yang wajib ditunaikan.

      ”Sekiranya perkara tersebut tidak dititikberatkan, dikhuatiri ilmu yang ada itu akan dicabut oleh Allah kerana kurangnya orang yang ikhlas dalam menyebarkannya.

       ”Ilmu yang dimaksudkan ini ialah ilmu yang memberi manfaat kepada manusia, sama ada ilmu syariah atau ilmu keduniaan,” ujarnya.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: