Laporan

         Filem Bilut menjadi pilihan sempena minggu integriti

         Oleh CHE NORAINI BINTI CHE OMAR

         USIM 30 JAN – Tayangan Perdana Filem Bilut salah satu program yang berlangsung sempena Minggu Integriti, Fakulti Pengajian Qur’an dan Sunnah yang julung-julung kali diadakan di peringkat Universiti.

       Wakil Penyelaras program, Siti Aisyah Husin,24, berkata Tayangan Perdana Minggu Integriti mempunyai objektif tersendiri. Ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar melaui jalan cerita filem yang telah ditayangkan.

      Tambah beliau lagi, Minggu Integriti diadakan bagi melatih warga pelajar dan pensyarah supaya berdisiplin sewaktu berada di sekitar kawasan kampus.“ Integriti adalah disiplin diri dan nilai-nilai murni yang patut ditonjolkan dalam diri setiap pelajar khususnya pelajar USIM.

          Walaupun program seperti ini julung-julung kali diadakan di peringkat universiti tetapi ianya tidak menghalang para pelajar dan pensyarah untuk mempraktikannya”. Sebelum tayangan bermula, kupon cabutan bertuah diberi kepada setiap yang hadir dan kepada yang bertuah hadiah disampaikan selepas tayangan berakhir.

          Di samping itu, aktiviti lain seperti kuiz berkaitan intipati cerita yang ditayangkan dalam Filem Bilut turut dimuatkan selepas berakhirnya Tayangan Perdana pada petang tersebut. Tetapi program kali ini mempunyai kelainan kerana jawapan kuiz daripada setiap penonton diterima melaui sms.

         Penyampaian hadiah kepada penonton yang bertuah dan pemenang kuiz tayangan, disampaikan oleh Ustaz Ahmad Kamil, Pensyarah Penyelaras Program Tayangan Perdana FPQS. “ Bagi saya, program seperti ini dapat mencapai semangat integriti dan memahami nilai-nilai murni yang wujud dalam setiap watak yang dibawakan oleh pelakon. Harapan, tayangan seperti ini diteruskan bukan saja sempena menyambut minggu Integriti malah untuk program-program lain pada masa akan datang”.

         Nurul Izza Mohamad Zain, 24 pelajar tahun tiga FPQS mengulas pendapat ketika ditemui pada majlis tersebut. Farhana Shawri,23, salah seorang penonton tayangan tersebut menyuarakan rasa puas hati dengan program itu, kerana memberi kesan baik kepada semua pelajar, bukan saja pelajar dari FPQS, malah pelajar USIM khususnya. Tetapi program ini perlu diperbaiki untuk akan datang. Sambutan Minggu Integriti Peringkat Universiti yang julung-julung kali diadakan, memberi kesan yang agak baik kepada warga universiti terutama para pelajar. Kerana sambutan daripada mereka untuk setiap program amat menggalakkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: