FESLAM MAKUM 2008

         Senator Jins Shamsudin merasmikan Penutup FESLAM MAKUM 2008

 

         Oleh CHE NORAINI BINTI CHE OMAR

               NILAI – Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsudin telah merasmikan Penutup Festival Lagu Asli MAKUM 2008 yang berlangsung di USIM semalam. Pada majlis tersebut, Tan Sri Datuk Jins Shamsudin menyatakan, FESLAM mampu merealisasikan hasrat untuk melahirkan modal insan yang dapat mengenali bangsa. Tegas beliau lagi, FESLAM adalah sebagai sosial kontrak yang boleh diterjemahkan sebagai menghormati budaya di kalangan budaya lain. Turut berucap pada majlis tersebut ialah Prof. Ir. Ahmad Hashim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, merangkap Pengerusi MAKUM 2008.  

        “ Tujuan FESLAM diadakan adalah untuk mendedahkan budaya seni dan mengenali budaya tradisi di kalangan mahasiswa IPTA. Di samping itu, dapat meningkatkan kerjasama antara IPTA terutama dalam bidang seni dan mampu melahirkan budaya kreatif di kalangan mahasiswa IPTA,” ujar beliau ketika berucap pada majlis tersebut.

           FESLAM 2008 turut melibatkan 30 orang peserta dari 17 buah IPTA tempatan. Antara IPTA terlibat adalah USIM, USM, UTM, UIAM, UPM, UM, UKM, UUM, UTHM, UMT, UniMAP, UNIMAS, UMS, UTEM, UPSI dan UMP. Pertandingan ini juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lagu Asli dan Traditional Kreatif.

          Lima belas orang peserta telah bertanding pada hari pertama festival berlangsung, manakala 15 orang peserta lagi bertanding pada hari kedua sebelum majlis penutup berlangsung. Artis Terkemuka Tanah Air, Syura telah membuat persembahan pada majlis penutup FESLAM 2008 dengan mendendangkan tiga buah lagu. Selain itu, turut membuat persembahan adalah Kombo Penjara Kajang yang dijemput khas oleh pihak penganjur serta persembahan daripada kumpulan FANSURI, dari Unit Kebudayaan dan Kesenian USIM.

          Nurul Amirah, 24, berkata “FESLAM 2008 mampu melahirkan generasi muda yang celik dengan budaya seni. Ia juga mampu menonjolkan bakat tentang seni kreatif di kalangan mahasiswa IPTA.” Beliau berkata, ketika ditanya mengenai pendapat bagi Pogram FESLAM MAKUM 2008 di sini hari ini. Johan bagi kategori Lagu Asli dimenangi oleh Yusmawira Mohd Yunos, dari UTM, manakala johan bagi kategori Tradisional Kreatif pula disandang oleh NorSuhaila Buang, dari UTHM. Persembahan Terbaik telah dimenangi oleh Fifi Emmiela Shazlin Ahmad Nurshaidi dari UKM, sekaligus menjadikan universiti tersebut sebagai Juara Keseluruhan FESLAM 2008.

           Keseluruhan bagi FESLAM MAKUM 2008 berjaya mengumpul penyertaan 17 buah IPTA tempatan, ini menunjukkan komitmen dan usaha keras mahasiswa IPTA untuk mengangkat martabat budaya bangsa selari dengan tema FESLAM 2008 “ Bersama Memperkasakan Budaya Tradisi”.

2 responses to this post.

  1. Posted by hafsah on April 16, 2008 at 6:26 am

    Cte menarik, pic pun ok…byk cte dlm blog awk..best baca..
    all the best

    Reply

  2. Posted by izanrumaisya on April 17, 2008 at 5:42 am

    assalamualaikum….cik…bg akk ok la brita cik ni…
    ble la nk jd wrtwn 2…usaha lg klu tul2 nk jd penulis yg dgemari pembaca…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: