Archive for March, 2008

SUMBER BERITA HARIAN-Bernama

Tengku Azlan nafi akan letak jawatan Ahli Parlimen Jerantut

JERANTUT: Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menafikan akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Jerantut selepas menolak pelantikan jawatan Timbalan Menteri Luar.

Beliau sebaliknya akan memberi tumpuan penuh bagi memperkuatkan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) bahagian itu selepas menghadapi pilihan raya umum 8 Mac lalu.

 “Ini adalah agenda pihak tertentu, saya berterima kasih kepada pengundi kawasan Parlimen Jerantut yang memberi kepercayaan kepada saya pada pilihan raya lalu, jadi saya tidak akan meletak jawatan.”Jiwa saya jiwa Umno, hidup mati saya tetap bersama Umno,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan ahli Umno Jerantut bersama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Jerantut.

Katanya, tindakan menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Luar selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan Kabinet 18 Mac lalu juga membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap kerja memperkukuhkan parti.

Dengan tiada memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan, saya dapat memberikan tumpuan yang lebih terutama dalam mengembalikan keyakinan rakyat terutama golongan muda terhadap Umno,” katanya.

Tengku Azlan juga berharap barisan pemimpin tertinggi parti itu mempertimbang dan menerima cadangan yang dibuat di peringkat akar umbi bagi menguatkan parti.

Sementara itu, Adnan meminta pemimpin Umno di peringkat bahagian dan cawangan negeri supaya memberikan pandangan masing-masing dalam memperkukuhkan parti.

 Beliau yang dalam sesi jelajah ke-14 bahagian Umno negeri itu juga berkata, Umno Pahang akan menyusun semula strategi termasuk dengan memfokus kawasan dan golongan tertentu dalam mendapatkan sokongan rakyat. – Bernama

SAJAK KEINSAFAN

BUKALAH PINTUMU, TUHANKU

Ku ketuk pintuMu
dalam kelelahan amarah
bukalah meskipun sebelah Continue reading

MY BELOVED FAMILY SLIDE SHOW

KATA-KATA HIKMAH DARIPADA PROF DR HAMKA

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya. (Hamka). Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).

Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”. (Hamka).

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

KATA-KATA HIKAMAH

Kata2 mutiara dari Almarhum Prof Dr Hamka,  buat renungan.

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka).

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.  Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka).

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. (Hamka).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. (Hamka).

MY COURSEMATES SLIDE SHOW

MY CUTE PHOTO SLIDE SHOW