RENUNG-RENUNG

Baca dan renungkan wahai rakan-rakan pembaca sekalian…….. Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu.  

         

        KETIKA BERUSIA SETAHUN IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM. 

        APABILA BERUSIA 2 TAHUN IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL. 

      MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

      KETIKA BERUSIA 4 TAHUN IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

      BERUSIA 5 TAHUN IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR. 

        SETELAH BERUSIA 6 TAHUN IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITAUCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

       APABILA BERUSIA 7 TAHUN IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN. 

          MENJELANG USIA 8 TAHUN IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU. 

        KETIKA BERUSIA 9 TAHUN IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS. 

      BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA. 

        APABILA BERUSIA 12 TAHUN IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITAUCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN. 

       MENJELANG USIA 13 TAHUN  IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG. 

         KETIKA BERUSIA 14 TAHUN IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN. 

        BERUSIA 15 TAHUN IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK. 

         MENJELANG USIA 18 TAHUN IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN. 

         KETIKA BERUSIA 19 TAHUN IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN. BERUSIA 20 TAHUN IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “?ITU BUKAN URUSAN IBU.” 

      SETELAH BERUSIA 21 TAHUN IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.” APABILA

        BERUSIA 22-23 TAHUN IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. “PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!” 

         MENJELANG USIA 24 TAHUN IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH?.” KETIKA

         BERUSIA 25 TAHUN  IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH. 

        PADA USIA 30 TAHUN IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.” 

    KETIKA BERUSIA 40 TAHUN IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAIKENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.” 

     APABILA BERUSIA 50 TAHUN IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK. DAN KEMUDIAN SUATI HARIKITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU. JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG  

2 responses to this post.

  1. Posted by owiscbw501 on March 28, 2008 at 2:26 am

    salam,terharu la baca artikal che’ ni,coz byk mengingatkan js ibu kpd kita semua,sama-sama la kita menyanyangi ibu kita selagi mana dia masih hidup.. amin…wassalam.

    Reply

  2. Posted by dkmy on March 28, 2008 at 5:44 am

    sedih jg bc entry ni…. kadang-kadang manusia terlupa tuk menghargai apa yang ada di depan mata kita tp bila ianya tlh hilang barulah kita terasa akan kepentingannya…
    semoga kita tak tergolong dlm golongan yg tak mengenang jasa ibu bapa…AMIN…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: