Archive for April, 2008

ANJURAN PROGRAM KOMUNIKASI

Pada 18 April 2008, Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan mengadakan program Tayangan Dokumentari Pelajar dan Pelancaran Rasmi Akhbar USIM TODAY/AL YAUM.  Tayangan Dokumentari merupakan  hasil kerja yang mewakili pelajar-pelajar pengkhususan penyiaran manakala pelancaran rasmi AKHBAR USIM TODAY/AL YAUM yang yang disempurnakan oleh Naib Canselor Ybg Dato’ Abdul Shukor Hj Husin USIM merupakan hasil kerja pelajar-pelajar pengkhususan kewartawanan yang bergabung antara dua fakulti iaitu FKP dan FPBU. Untuk pengetahuan pembaca, AHBAR USIM TODAY/ AL YAUM berjaya diterbitkan sebanyak dua edisi sepanjang semester ini. Hasil Kerja dua projek Universiti adalah merupakan cetusan idea daripada para pensyarah Program Komunikasi dan hasil tungkus lumus daripada semua pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tak ketinggalan kepada para pelajar yang sanggup bekerja keras sehingga berjaya menyiapkan empat buah dokumentari pendek dan menerbitkan dua edisi Akhbar Universiti, USIM TODAY/ AL YAUM. Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah yang tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar atau komen yang membangun kepada kami para pelajar dalam menjayakan projek seperti ini. Tahniah diucapkan kepada para pensyarah, para pelajar serta kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam cetusan idea yang dilontarkan bersama. Segala komen daripada semua pihak akan meningkatkan lagi mutu kerja para pelajar untuk akan datang.

 

SEALAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIIR SEMESTER KEPADA SEMUA MAHASISWA/I USIM.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA

BITTAUFIK WANNAJAH.

PETUA MENJELANG HARI PEPERIKSAAN

Apabila kita sedang menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan, satu kebolehan yang amat kita perlukan ialah kebolehan untuk menumpukan perhatian. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian, kita akan merasa sukar untuk mengingati apa yang telah kita pelajari. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian kepada menjawab soalan, kita juga akan mudah merasa letih dan hilang kebolehan untuk berfikir dengan tajam.

Satu cara untuk melatih kebolehan menumpukan perhatian ialah semasa anda melakukan ulangkaji pelajaran. Semasa mengulangkaji, ketepikan semua jenis gangguan seperti televisyen, radio, handphone dan cuba cari tempat yang agak tenang seperti keadaan di dalam dewan peperiksaan. Katakan anda sedang mengulangkaji matematik, cari soalan-soalan matematik yang anda boleh lakukan dalam masa 30 minit. Dapatkan contoh kertas peperiksaan jika boleh.

Kemudian, duduk dengan selesa. (Duduk dengan selesa bukan bermakna anda boleh berlunjur atau meletakkan kaki di atas meja) Duduk seperti anda seorang pelajar cemerlang yang sedang menjawab soalan peperiksaan. Tetapkan dalam hati (dengan bersungguh-sungguh) bahawa anda akan menumpukan perhatian selama 30 minit untuk melakukan latihan matematik. Kita mulakan latihan penumpuan perhatian ini dengan 30 minit dulu. Jika anda rasa 30 minit terlalu lama, kurangkan sedikit.

Kemudian, mula menjawab soalan-soalan itu. Gunakan segala usaha minda anda untuk menepis sebarang jenis gangguan yang mungkin mengganggu konsentrasi anda. Mungkin dalam masa 30 minit anda mula teringat rancangan television yang menarik dan?mungkin anda juga teringat tentang janji untuk berjumpa kawan. dalam masa 30 minit ini, lupakan itu semua. Fokus 100 peratus perhatian anda kepada? soalan yang sedang lakukan.

Cuba latihan sebegini beberapa kali. Setelah berjaya, tambahkan masa daripada 30 minit kepada 40, 50, 60 dan seterusnya kepada masa sebenar yang diberi untuk menjawab kertas soalan matematik.

Dengan berlatih begini, anda akan meningkatkan kebolehan anda untuk menumpukan perhatian dan bertahan dalam keadaan sebegitu dengan lebih lama.

 

 

 

KEAGUNGAN BAHASA ARAB

                                                                                                                                                                    

 اللغة العربية مميزاتها من سائر اللغات

الكاتب : الفاضل الدكتور زين العابدين حاجب( المحاضر ايف.في.بي.يو…اوسيم.

 

 عرفت اللغة بأنها : (أصوات يعبر بها كل قوم عن أغراضهم)، ولم تستطع التعرفات الحديثة للغة أن تتجاوز هذا التعريف في الموضوعي، غير أن تعريف اللغة بوظيفتها يختلف عن تعريفها بحقيقتها وعلاقتها بالإنسان.

  فاللغة هي الإنسان، إنها مظهر حقيقة وذاته، حين تكاد تختفي هذه الحقيقة، وتستكن هذه الذات، ولذلك نرى أن أقرب تعريف للإنسان هو أنه 😦 حيوان ناطق)، وهو تعريفيرقي باللغة حت يجعلها شطر ماهية الإنسان، وإنها كان اللغة هذه المكانة لأنها دليل على القدرة العقلية المفكرة التي اختص اللة تعالى بها الإنسان، دون سائر المخلوقات الأرضية، فلما كانت اللغة ثمرة الحقل، والعقل جوهر الانسان، كان من المنطق أن نقرر أن اللغة ظاهرة هذا الجوهر، فالعقل كالكهرباء يعرف بأثره،ولا ترى حقيقته.  Continue reading

DULU GENIUS, SEKARANG?

 

      Genius Sufiah Yusuf jual tubuh: pedoman buat kita

SHE was a child math’s genius who won a place at Oxford University aged just 13, but now the only sums Sufiah Yusof is interested in are the ones she earns as a HOOKE

Dipos oleh Che Noraini Che Omar

Sedih membaca kisah Sufiah Yusof. 10 tahun lepas kita rasa bangga bila seorang kanak-kanak Muslim yang ibunya dari Johor berjaya membuktikan dirinya seorang genius dengan layak memasuki Oxford di usia 13 tahun. Continue reading

KUNCI KAABAH DILELONG RM60 JUTA

LONDON 10 April – Sebatang anak kunci Kaabah pada kurun ke-12, dijual pada harga 9.2 juta pound sterling (RM60.72 juta) dalam satu lelongan di sini semalam, sekali gus mencatat rekod baru untuk jualan barangan antik Islam.

Kunci sepanjang 37 sentimeter yang diperbuat daripada besi itu dipercayai tinggalan zaman Khalifah Abbasiah.

Kunci itu berjaya dilelong oleh pusat lelongan Sotheby pada harga 18 kali ganda lebih tinggi daripada harga tawaran.

Ia dipercayai sebagai satu-satunya kunci Kaabah yang berada dalam simpanan orang perseorangan.

Kunci itu yang dikatakan simbol kuasa keagamaan, mempunyai ukiran berbunyi:

“Inilah yang dibuat untuk rumah suci (Kaabah) semasa zaman anak Imam al- Muqtadi Abu Ja’far al-Mustansir Abu’l- Abbas 573.”

Lelongan barangan seni Islam yang diadakan kali ini mencatat jualan sebanyak 21.5 juta pound sterling (RM141.9 juta) berbanding jangkaan 13.1 juta pound sterling (RM86.46 juta).

“Menakjubkan, jualan itu melebihi pendapatan tahunan Jabatan Seni Islam pada 2007. Ia menggambarkan permintaan yang tinggi masyarakat antarabangsa terhadap barangan kesenian Islam,” kata Ketua Jabatan Seni Islam Sotheby, Edward Gibbs.

Rekod jualan barangan antik Islam sebelum ini ialah kepala air pancut gangsa dari Sepanyol pada kurun ke-10 yang dijual oleh rumah lelongan Christie pada 1997 sebanyak 3.6 juta pound sterling (RM22.451 juta).

Kelmarin, Christie turut mengadakan lelongan termasuk sekeping daun yang mempunyai tulisan al-Quran pada kurun ketujuh pada harga 2.5 juta pound sterling (RM15.59 juta) berbanding jangkaan awal 100,000 pound sterling (RM623,958).

Menurut syarikat itu, penjualan tersebut juga merupakan rekod terbaru manuskrip Islam.

Selain kunci itu, terdapat 58 lagi kunci Kaabah yang disimpan di dalam muzium di beberapa buah negara.

Sebanyak 54 daripada kunci itu disimpan di Muzium Diraja Topkali, Istanbul dan dua lagi disimpan di Nuhad Es-Said Collection, sebatang di Paris dan sebatang lagi di Muzium Kesenian Islam, Kaherah.

– Reuters

 

KETABAHAN SEORANG WANITA TUA

 

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr : Continue reading