KUNCI KAABAH DILELONG RM60 JUTA

LONDON 10 April – Sebatang anak kunci Kaabah pada kurun ke-12, dijual pada harga 9.2 juta pound sterling (RM60.72 juta) dalam satu lelongan di sini semalam, sekali gus mencatat rekod baru untuk jualan barangan antik Islam.

Kunci sepanjang 37 sentimeter yang diperbuat daripada besi itu dipercayai tinggalan zaman Khalifah Abbasiah.

Kunci itu berjaya dilelong oleh pusat lelongan Sotheby pada harga 18 kali ganda lebih tinggi daripada harga tawaran.

Ia dipercayai sebagai satu-satunya kunci Kaabah yang berada dalam simpanan orang perseorangan.

Kunci itu yang dikatakan simbol kuasa keagamaan, mempunyai ukiran berbunyi:

“Inilah yang dibuat untuk rumah suci (Kaabah) semasa zaman anak Imam al- Muqtadi Abu Ja’far al-Mustansir Abu’l- Abbas 573.”

Lelongan barangan seni Islam yang diadakan kali ini mencatat jualan sebanyak 21.5 juta pound sterling (RM141.9 juta) berbanding jangkaan 13.1 juta pound sterling (RM86.46 juta).

“Menakjubkan, jualan itu melebihi pendapatan tahunan Jabatan Seni Islam pada 2007. Ia menggambarkan permintaan yang tinggi masyarakat antarabangsa terhadap barangan kesenian Islam,” kata Ketua Jabatan Seni Islam Sotheby, Edward Gibbs.

Rekod jualan barangan antik Islam sebelum ini ialah kepala air pancut gangsa dari Sepanyol pada kurun ke-10 yang dijual oleh rumah lelongan Christie pada 1997 sebanyak 3.6 juta pound sterling (RM22.451 juta).

Kelmarin, Christie turut mengadakan lelongan termasuk sekeping daun yang mempunyai tulisan al-Quran pada kurun ketujuh pada harga 2.5 juta pound sterling (RM15.59 juta) berbanding jangkaan awal 100,000 pound sterling (RM623,958).

Menurut syarikat itu, penjualan tersebut juga merupakan rekod terbaru manuskrip Islam.

Selain kunci itu, terdapat 58 lagi kunci Kaabah yang disimpan di dalam muzium di beberapa buah negara.

Sebanyak 54 daripada kunci itu disimpan di Muzium Diraja Topkali, Istanbul dan dua lagi disimpan di Nuhad Es-Said Collection, sebatang di Paris dan sebatang lagi di Muzium Kesenian Islam, Kaherah.

– Reuters

 

3 responses to this post.

  1. Bes kan baca news ni, bangga pun ada bila kunci tu dijual 18 kali ganda dari harga asal..

    Reply

  2. Posted by hafilez on April 15, 2008 at 7:49 am

    penah terfikir x knpa org bkn islam (western people) sgt2 b’minat dgn apa jua artifak o peniggalan sej.islam??!sbb dariny diorg m’kaji,m’dalami n m’halusi budaya ilmu islam!!!t’sgt lh rugi org2 islam ni kan!!!

    Reply

  3. Posted by behind the story on April 26, 2008 at 4:53 am

    please, please, please tell everyone..

    this key is not just as reported in the newspaper.. there’s more to it.. this key once belong to Salahuddin Al Ayubi (or known as “Saladin” in the west).. The key has been hunted by the Christians operatives, the Muslims and the Illuminati agents since ages ago.. It’s unlock the secret to the whereabouts of the treasures of the Knights Templars which Saladin had taken from the Crusaders upon defeating them in 1187 in the War taken place in Hattin, Jerusalem.

    The most significant item amongst the treasure is the “relic of True Cross” which are believed to be fragments of wood from the actual cross upon which Jesus was crucified. The relic was sought desperately by the Illuminati who seek to hand it over to the Antichrist (Dajal).

    According to members of the intelligence community, when the New World Order is solidified the relics will be taken out, will be united with the Spear of Destiny, and will, according to legend, give the world’s ruler absolute power. This may confirm beliefs passed down through the ages that describe the significance of these relics when united in the hands one man. It explains Hitler’s desperate search World War II. (Gen. Patton had claimed it after defeat).

    The fact that they have found and bought the key shall means that they now have a way to figure out where the treasures is hidden. Whether it’s hidden in Iran or Syria (or Damascus as it’s used to be called during the day of Saladin). They are willing to attack and destroy any of those countries for the sake of accessing the hidden place of the relics.

    May Allah saves us all from Dajal Laknatullah

    I’m telling you all the truth here.. amongst the intelligence community especially the Muslims Operatives everyone is freaking out here.. Lots of people are banging their head for failing to secure the key before the Illuminati bought it… The key will determine whether it would be Iran or Syria to be attacked by the US next.. May Allah saves them..

    The time is near, our enemies who worship Dajal are now preparing for the War World 3 as predicted in their bible.. That key will unlock the whereabouts of the “True Cross”.. Once all the relics come together, it will be used like what it has been used before by the Knights of Templars.. to declare another Perang Salib.. But this time it will led by Dajal himself..

    On the good side though.. They also believed that they had eliminated Imam Mahadi when they use earthquake weapon to distroy Banda Acheh in 2004. They believe Imam Mahadi will be born on the place “where 3 oceans meet” (Selat Melaka) on the same birth date of Jesus that is on 25th December (Xmas Day) and that the place has been identified as Banda Acheh. That why they destroy Banda Acheh one day early, (a) to destroy any possibility that any baby could be safely delivered on 25th December (b) If lucky, to killed the mother of the baby before the baby is born (c) To give them excuse as Medical Staff to come to Acheh to monitor any delivery of newborn baby on 25th December.

    Stupid Illuminati.. They will never be able to prevent Imam Mahadi from ending the war…

    Allahhuakbar

    (IF YOU DOUBT THIS INFORMATION, research yourself about the “TRUE CROSS”, “Renaud de Châtillon”. Lihat Juga http://www.templarhistory.com/cross.html)

    Rujuk juga Petikan Artikel AfterDark di
    http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6418

    Tidak ramai antara anda yang mengetahui mengenai Renaud de Châtillon yang merupakan putera Antioch (1153–60) yang telah mengetuai hulubalang The Knights of Templar mengisytiharkan Perang Salib ke atas umat Islam sekitar 1147 and 1187.

    Kisahnya bermula pada (c.250–c.330 AD) apabila Permaisuri Helena iaitu ibu kepada Contantine (Constantine the Great yang kemudiannya menjadi Maharaja Kristian Pertama di Rome), telah mengembara ke Jerusalam bagi membina gereja. Pada ketika inilah Permaisuri Helena telah dikatalan menjumpai tempat tersembunyinya “The True Cross” iaitu palang salib yang dipercayai dikalangan umat Kristian sebagai tempat Jesus dipalang dan disalib.

    Mitos kewujudan “The True Cross” di Jerusalam akhirnya menjadi inspirasi kepada sekumpulan Pahlawan Kristian mengistiharkan diri mereka sebagai Knights of Templar dan merantau ke Jerusalam bagi tujuan mencari melindungi “The True Cross” ini. Namun mitos menyatakan bahawa mereka akhirnya bukan sahaja telah menemui “The True Cross” malahan juga the “Holy Grail” dan “The Spear Of Destiny”. (Kalau tak tahu apa itu “Holy Grail” dan “The Spear Of Destiny” maka silalah guna Google sendirilah)

    Pada 1185, Salahuddin Al-Ayubi telah bersetuju dengan rayuan daripada Kaum Kristian di Jerusalam bagi gencatan senjata dan membiarkan mereka hidup tanpa gangguan dengan syarat mereka bersetuju tertakluk kepada kekuasaan Khalifah islam dan membayar fidyah.

    Walaubagaimanapun pada 1186 Renaud de Châtillon yang merupakan ‘Lord of Kerak and Montréal’ telah melanggar syarat keamanan ini dengan menyerang rombongan orang Islam dan membunuh penumpangnya.

    Renaud de Châtillon dalam kebenciannya kepada orang Islam juga telah menghasut tentera Kristian dengan agendanya untuk menyerang Kota Suci Makkah dan Madinah bagi merompak tulang-tulang Nabi Muhammad SAW sebagai tanda penghinaan. Dalam ucapannya bagi menaikkan keyakinan tenteranya, beliau menyatakan bahawa kuasa ajaib daripada “The True Cross” akan memberi kuasa kebal dan kegagahan kepada tentera Kristian.

    Pada 1187 Salihuddin Al Ayubi telah mengistiharkan Jihad ke atas tentera Kristian dan bergerak dari Arab Saudi merentasi Jordan dan berperang dengan 30,000 tentera salib di Hattin (utara palestin) berdekatan Laut Galilee pada 4 Julai 1187.

    Salahuddin telah menghukum bunuh Renaud de Châtillon serta 200 tentera elit Knights of Templar. Pada ketika inilah juga mitos menyatakan Salahuddin bin Al Ayubi diberitahu oleh seorang pendita Kristian mengenai kewujudan tiga relik yang disembunyikan di Jerusalam iaitu the Holy Grail, the Spear Of Destiny dan The True Cross. Mengikut mitosnya, ketiga-tiga relik ini mesti dilindungi kerana ia akan dicari oleh AntiChrist di akhir zaman kerana dipercayai akan memberi kuasa luar biasa kepada AntiChrist menguasai dunia selepas terbentuknya Novus Ordos Seclorum. Itulah juga sebab sebenar disebalik penubuhan the Knights of Templar sebelum mereka dikorupkan oleh sikap tamak pada kekayaan dan hasutan Iblis melalui Renaud de Châtillon.

    Oleh kerana ketiga-tiga relik itu tidak selamat lagi di Jerusalam akibat onar yang dimulakan oleh Renaud de Châtillon, maka Salahuddin Al Ayubi diminta menyembunyikan relik tersebut. Salahudin Al Ayubi bersetuju sebagai tanda menghormati pemintaan terakhir pihak musuh namun hanya sanggup merampas satu daripada tiga relik tersebut kerana tidak mahu dilihat keterlaluan menghina agama Kristian.

    Beliau kemudiannya merampas “The True Cross” dan menghantarnya ke Damascus dimana ia diarak di jalanraya Damascus sebagai tanda kemenangan orang islam ke atas perang salib. Tiada siapa yang kemudian tahu apa yang terjadi ke atas “The True Cross” tersebut. Namun apa yang pasti ia telah lenyap dari genggaman the Knights of Templar yang kemudiannya berubah mengikut zaman menjadi pergerakan Illuminati pada hari ini.

    Mengikut mitos Antichrist di kalangan Illuminati, Antichrist hanya akan mendapat kuasa luar biasa apabila dia memperolehi ketiga-tiga relik suci orang Kristian iaitu the Holy Grail, the Spear Of Destiny dan The True Cross. Mengikut maklumat yang diperolehi semenjak itu, the Spear of Destiny telah jatuh ke tangan Freemason di Amerika Syarikat. Begitu juga the Holy Grail telah ditemui oleh orang Yahudi dan kini sudah berada di tangan Illuminati.

    Yang tinggal cuma “The True Cross” yang entah dimana disembunyikan oleh Kerajaan Abbasiah Damascus (kini SYRIA) selepas kemenangan Salahudin. Mungkin ini sekadar dongengan, namun M.G.S pernah memberitahu saya bahawa “The True Cross” kini tersembunyi di suatu tempat di Asia Barat dan pintunya hanya boleh dibuka dengan sebatang KUNCI. Kunci itu pula diserupakan dengan sesuatu tujuan lain sehingga ia akan dijaga dengan sangat ketat oleh orang-orang islam agar tidak jatuh ke tangan orang bukan Islam.

    Laporan suratkhabar menyatakan bahawa Kunci Kaabah itu dibuat pada kurun ke 12 oleh pemerintahan Abbasiah. Bukankah itu kurun yang sama dimana “the True Cross” telah dirampas dan disembunyikan oleh Salahuddin Al Ayubi? Hmm.. dalam banyak-banyak kunci agaknya apakah kunci yang akan dikawal ketat oleh orang islam? Tentulah kunci Kaabah bukan?

    Mungkinkah kunci Kaabah ini juga merupakan kunci bagi membuka pintu bawah tanah dimana tersembunyinya “The True Cross” di Damascus (Syria)? Laporan akhbar juga tidak menamakan pihak yang membeli kunci itu.. namun yang pasti tentulah seorang yang bukan Islam kerana sekiranya ia dibeli oleh jutawan islam tentulah dia tidak akan segan-segan mewar-warkan identitinya.

    Kini tahulah kita mengapa Amerika akan menyerang Syria kelak dan mengapa ada orang yang sanggup membelanjakan 9.2 Juta Pound Sterling (60 Juta Ringgit) untuk sebatang kunci.

    Demi Allah, berdoalah kita agar kita selamat di dunia dan akhirat

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: