Archive for June, 2008

My Assignment

 Pelatih PLKN sakit kronik dikecualikan

 Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan CHE NORAINI CHE OMAR

KUALA LUMPUR 10 Jun – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak akan menerima bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang disahkan menghidap penyakit kronik seperti asma mulai sesi pengambilan Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mereka yang terlibat sebelum ini diklasifikasikan sebagai ‘layak bersyarat’ tetapi kerajaan memutuskan untuk memansuhkan syarat itu.

“Sebelum ini, status layak bersyarat diberikan kepada mereka yang mahu menyertai program itu tetapi menghadapi masalah kesihatan seperti asma, darah tinggi dan mangsa trauma,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Pertolongan Cemas untuk jurulatih PLKN di Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat lima perakuan dalam borang kesihatan pelatih iaitu layak, tidak layak, tangguh, dikecualikan dan layak bersyarat.

“Perakuan layak bersyarat bermakna pelatih boleh memasuki kem tetapi mereka hanya diberi latihan bukan fizikal.

“Selepas ini tidak akan ada lagi pelatih masuk kem yang bertaraf ‘layak bersyarat’ seperti yang diputuskan pada Mesyuarat Teknikal Kesihatan PLKN 27 Mei lalu,” jelasnya.

Abdul Hadi berkata, sehubungan itu pegawai perubatan di kem latihan akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu terhadap bakal pelatih bagi menentukan tahap kesihatan sebaik sahaja mereka melaporkan diri di kem berkenaan.

Melalui cara itu katanya, pelatih yang dikenalpasti menghidap penyakit akan diketepikan untuk tindakan susulan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Datuk Megat Mohd. Yusuf.

 

Malay Version

Photo kenangan bersama wartawan NST semasa adakan liputan di Tasik Titiwangsa. Event ni aku di anta sorang2 buat coverage sempena meraikan 77 orang anak yatim menaiki Eye On Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Kelab Rotary KL. Continue reading

 Sebahagian daripada 77 anak yatim turut dijamu dengan aiskrim selepas menaiki Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa

 

Written by : CHE NORAINI CHE OMAR

Edited by : En Borhan, News Editor( UTUSAN)

 

77 ANAK YATIM BERPELUANG MENAIKI EYE ON MALAYSIA

 

KUALA LUMPUR 22 Mei – Kelab Rotary Kuala Lumpur meraikan 77 anak yatim dengan membawa mereka menaiki Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Presiden Kelab Rotary Kuala Lumpur, Attan Akmar berkata, kanak-kanak berkenaan adalah penghuni di empat rumah anak yatim di sekitar di sini.

”Rumah anak yatim yang terlibat ialah Pusat Kebajikan Good Shepherd, Asrama Baitul Ummah, Yayasan Gurpuri dan Ambu Illam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Matlamat program itu, katanya, adalah memberi peluang kepada anak yatim berkenaan menyertai pelbagai aktiviti luar.

”Ia juga adalah sumbangan Kelab Rotary dan Eye On Malaysia kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Haha, ni photo aku bersama kakpija n anak sepupu sewaktu di Shah Alam. Keluar petang,  ambil angin bersama diorang yang comel2. Ni time boring la..Sempat lagi possing.