My Assignment

 Pelatih PLKN sakit kronik dikecualikan

 Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan CHE NORAINI CHE OMAR

KUALA LUMPUR 10 Jun – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak akan menerima bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang disahkan menghidap penyakit kronik seperti asma mulai sesi pengambilan Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mereka yang terlibat sebelum ini diklasifikasikan sebagai ‘layak bersyarat’ tetapi kerajaan memutuskan untuk memansuhkan syarat itu.

“Sebelum ini, status layak bersyarat diberikan kepada mereka yang mahu menyertai program itu tetapi menghadapi masalah kesihatan seperti asma, darah tinggi dan mangsa trauma,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Pertolongan Cemas untuk jurulatih PLKN di Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat lima perakuan dalam borang kesihatan pelatih iaitu layak, tidak layak, tangguh, dikecualikan dan layak bersyarat.

“Perakuan layak bersyarat bermakna pelatih boleh memasuki kem tetapi mereka hanya diberi latihan bukan fizikal.

“Selepas ini tidak akan ada lagi pelatih masuk kem yang bertaraf ‘layak bersyarat’ seperti yang diputuskan pada Mesyuarat Teknikal Kesihatan PLKN 27 Mei lalu,” jelasnya.

Abdul Hadi berkata, sehubungan itu pegawai perubatan di kem latihan akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu terhadap bakal pelatih bagi menentukan tahap kesihatan sebaik sahaja mereka melaporkan diri di kem berkenaan.

Melalui cara itu katanya, pelatih yang dikenalpasti menghidap penyakit akan diketepikan untuk tindakan susulan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Datuk Megat Mohd. Yusuf.

 

One response to this post.

  1. congrate che..byline yang mahal tu..so expensive rather money..

    Thanks juga da. che bersyukur sangat coz ada juga kuar BYLINE sepanjang praktikal. W/apapun masih banyak lagi yang perlu che improve.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: