Archive for July, 2008

CHE NORAINI 7 ORANG PEREMPUAN BERSAUDARA

Aku diberi nama che noraini. Nama yang comel ini dipilih khas oleh kedua ibu-bapa ku yang tercinta. Aku dibesarkan dalam semua adik beradik yang bergelar puteri. Aku anak bongsu dalam keluarga..Ketujuh-tujuh orang adik beradik semua perempuan. Aku rasa gembira bila mendengar kawan2 yang mempunyai abang atau adik beradik lelaki..Namun aku tidak tergolong dalam situasi itu. W/apapun aku tetap bersyukur dan gembira. Sebenarnya ibu n ayah aku bercita-cita untuk mendapatkan putera dalam keluarga, tp apakan daya rezeki tidak menyebelahi..Kadang2 aku terasa sunyi coz tidak mempunyai adik untuk bergaduh. Kakak2 semua dah kahwin dan aku satu-satunya puteri yang belum berkahwin dalam keluarga. So apabila ditanya pasal kahwin, jawabku NO COMENT!  Soal kahwin, nampaknya tunggu dah lihat saja. Jika jodoh menjemputku, insyaALLAH akan ku ikut akan fitrah ini. Hehehe…Tp xpe, anak2 saudara ku  perhh ramainya tak terbilang.. Boleh berkawan dengan diorang la.  Biasalah dah berpangkat mak..Haha bukan mak( IBU) tapi mak saudara.

Adik beradikaku mengikut turutan:-

Che Omar Che Mood + Maimunah( AYAH&IBU)

1) Che Ramlah + Alias

2) Che Rosmiah + Razali

3) Che Ashiah + Ramlee

4) Che Rogayah + Che Marzukie

5) Che Siti Zaleha + Muhammad

6) Che Siti Mariam + Nik Razahan Hamrin

7) Che Noraini + (Belum punya jodoh lagi) hehehe..( Tunggu dan lihat) InsyaALLAH akan datang jodoh menjemputku.

Lagak dalam dan luar newsroom.

Tan Sri Dai' Bakhtiar (Duta Besar) selepas sidang akbar diadakan di Kedutaan Republik Indonesia. Event ni aku yang cover. Rasa seronok pula coz pc turut dihadiri reporters dari Indonesia

Tan Sri Dai' Bakhtiar (Duta Besar) selepas sidang akbar diadakan di Kedutaan Republik Indonesia. Event ni aku yang cover. Rasa seronok pula coz pc turut dihadiri reporters dari Indonesia

khusyuk dalam membentuk story. Siapa agaknya.. hehe rasanya aku(penulis)

khusyuk dalam membentuk story. Siapa agaknya.. hehe rasanya aku(penulis)

Senyum lebar Kak Pija n Dayang, dah settle buat berita agaknya yea.

Senyum lebar Kak Pija n Dayang, dah settle buat berita agaknya yea.

Kenapa senyum je diorang ni. Gembira sangat kerrrr...

Kenapa senyum je diorang ni. Gembira sangat kerrrr...

 

Kekusyukan member of reporters dalam menyiapkan berita

Kekusyukan member of reporters dalam menyiapkan berita

 
 
Dok fikir apa tu? Sehingga pandang orang lain...Jangan pandang2. Siapkan berita tau. Nanti bos marah pulak.

Dok fikir apa tu? Sehingga pandang orang lain...Jangan pandang2. Siapkan berita tau. Nanti bos marah pulak.

MY EXPERIENCE DURING PRACTICAL( ENGLISH VERSION)

Che bersama Dayang ceria dengan akhbar Utusan ketika menunggu giliran untuk dipanggil

Che bersama Dayang ceria dengan akhbar Utusan ketika menunggu giliran untuk dipanggil

My practical has been commenced on 19th May 2008 at the one of the journalism sector in Malaysia that is Utusan Malaysia. The organization had given me a lot of chance to know the reality life of being as a journalist. The practical has been held for five weeks and I was placed at the ordinary desk at the office.

I was reported myself on that day at the Utusan Malaysia, located at the Chan Sow Lin. On that day, there wee no many reporters because it was a Wesak Day. There were some of the reporters doing their job at the desk, specialist in crime’s desk. On the day also, my friend and I was given the task to create story from the sources that press has release before. Continue reading

PENGALAMAN AKU SEPANJANG PRAKTIKAL( BAHASA MELAYU)

 ( Gallery Photo sepanjang praktikal di Utusan)   

che bersama Pei Wen(wartawan Utusan)
che bersama Pei Wen(wartawan Utusan)

 

Pra praktikal yang bermula pada 19 mei 2008 di salah sebuah industri kewartawananan di Malaysia iaitu UTUSAN MALAYSIA telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali kehidupan sebenar seorang wartawan. Sama ada ketika berada di newsroom atau sewaktu membuat liputan.. Praktikal untuk kali ini berjalan selama 5 minggu sahaja. Yang mana saya ditempatkan di meja  am.

 

Pada tarikh 19 mei juga saya  mendaftarkn diri di  utusan malaysia bertempat di chan sow lin. Pada Hari tersebut tidak mempunyai ramai wartawan kerana  wesak day tp  ada juga yang bekerja terutamanya wartawan  meja jenayah.  Masuk je newsroom aku dan kawan praktikal USIM  diberi tugasan create story  daripada  sumber press release. Continue reading

Masa berlalu

      

         Salam ceria buat kawan2 seperjuangan sama ada satu Universiti mahupun classmates. Pejam celik pejam celik kita semua dah masuk semester baru sesi pengajian 2008/2009. Nampaknya aku n geng2 satu bach dah masuk last year. Waa cepatnye masa berlalu tanpa disedari.  Begitu pantas masa  berlalu sepanjang tempoh 4 tahun pengajian. Kiranya dh 3 thn sudah berlalu dengan pelbagai suka duka ku tempuhi untuk selesaikan satu2 semester pengajian. Inilah realiti sebagai seorang pelajar universiti.  Baru2 ni baru je lepas hadapi pra praktikal selama 5 minggu kat UTUSAN. Masuk sem baru , kena buat persediaan untuk menghadapi situasi pembelajaran dengan lecturer baru dan juga subjek baru. Lebih2 lagi sem ni, adalah sem akhir yang ada final exam. Sem depan bermula praktikal yang betul2 mencabar barangkali,  yang bakal aku dan kawan2 satu course tempuhi.  Kami barangkali bertebaran di pelbagai Industri penyiaran dan kewartawanan yang ada di Malaysia untuk menjalani latihan Amali yang menjadi perkara wajib untuk kami pelajar2 universiti. Akhir kalam selamat berjuang sahabat2 semua. Gud Luck semua:)

Di bawah ada beberapa perkara penting yang ku petik dari web salah seorang pakar motivasi yang boleh dijadikan renungan untuk semua pembaca….

Adakah situasi di bawah ini satu kejayaan diri yang patut dibanggakan oleh semua? Tepuk dada tanya diri….

* Mempunyai ibu bapa yang berjaya.
* Dapat duit daripada skim cepat kaya.
* Dapat geran/pinjaman RM2juta untuk mulakan bisnes (tapi tak mula pun).
* Menang loteri RM50,000.
* Dapat harta pusaka sebanyak RM1.45 juta.
* Dapat ijazah dengan pangkat satu, padahal selalu meniru dalam ujian dan
copy-paste kerja kursus.
* Buku ciplak laris terjual