PENGALAMAN AKU SEPANJANG PRAKTIKAL( BAHASA MELAYU)

 ( Gallery Photo sepanjang praktikal di Utusan)   

che bersama Pei Wen(wartawan Utusan)
che bersama Pei Wen(wartawan Utusan)

 

Pra praktikal yang bermula pada 19 mei 2008 di salah sebuah industri kewartawananan di Malaysia iaitu UTUSAN MALAYSIA telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali kehidupan sebenar seorang wartawan. Sama ada ketika berada di newsroom atau sewaktu membuat liputan.. Praktikal untuk kali ini berjalan selama 5 minggu sahaja. Yang mana saya ditempatkan di meja  am.

 

Pada tarikh 19 mei juga saya  mendaftarkn diri di  utusan malaysia bertempat di chan sow lin. Pada Hari tersebut tidak mempunyai ramai wartawan kerana  wesak day tp  ada juga yang bekerja terutamanya wartawan  meja jenayah.  Masuk je newsroom aku dan kawan praktikal USIM  diberi tugasan create story  daripada  sumber press release.

Sepanjang 5 minggu berada  dalam dunia kewartawanan, pelbagai cabaran telah saya tempuhi. Apa yang dipelajari sewaktu di kampus sedikit sebanyak telah saya apply sewaktu praktikal di UTUSAN MALAYSIA.

Selama tempoh 5 minggu praktikal berjalan pelbagai tugasan diberi samada tugasan luar ofis mahupun dalam dan tidak pernah terlepas dengan tugasan. Kebanyakan saya diberi tugasan luar jika dibandingkan kerja pejabat iaitu tulis berita melaui kenyataan akbar yang dikeluarkan kepada UTUSAN MALAYSIA. Oleh yang demikian, saya dapat menimba banyak pengalaman baru menjadi seorang wartawan. 

 Untuk pengetahuan, hari kedua berada di UTUSAN saya dikejutkan terus dengan assignment yang mung.kin tidak dijangka buat saya. First assignment, saya  ikut senior cover tentang pembunuhan kat lorong hj taib KL. Then, assgment yang serterusnya pihak utusan anta aku sorang2 tanpa bantuan senior. Dah la aku buta jalan kt tempat orang. Tp demi amanah yang diberi aku cuba cari jalan untuk memikulkan tanggungjawab seperti ini. Semasa cover assignment memang best, tapi bila nak create story agak lemah sikit. Balik assgment terus briefing kat bos then terus bt story. Berita yang dah siap   akan dihantar ke meja berita menggunakan  sistem yang dikenali sebagai TERA.

Sistem ini berfungsi untuk para wartawan di dalam newsroom menghantar berita dengan cepat  untuk di semak  oleh news editor . Sebelum berita disemak, seseorang wartawan yang mempunyai tugasan pada hari itu tidak dibenarkan terlebih dahulu untuk meninggalkan ofis.

Sebagai contoh , jika bos tidak suka dengan story yang telah pun dibentuk, dia reject dan perlu dibetulkan semula. Beberapa kali story aku juga direject, tp alhamdulillah story aku ada juga yg keluar nama dalam Surat Khabar  Utusan.  Itulah rutin harian aku sepanjang praktikal berjalan.

Ketika berada di sana beberapa pengalaman manis, pahit telah ku tempuhi.. Antara pengalaman pahit  yang  tidak boleh ku lupakan sepanjang praktikal, adalah ketika aku ditugaskan berseorangan tanpa  bantuan senior iaitu  pada hari kedua prktikal. Pengalaman ini ketika aku ditugaskan untuk membuat liputan berkaitan Pelancaran Pakej Percutian ke Jakarta, yang dianjurkan oleh Mas Goldens Holiday. Even tersebut berlangsung di Berneo Baruk Kelab, Jalan Kia Peng . Pengalaman aku sebelum sampai ke tmpat event, aku terkial sorang2 dalam mencari arah tuju destinasi event.  Akibat tidak mengetahui selok belok Kuala Lumpur, aku sesat dipertengahan jalan, sambil dikejar orang gila . Perasaan gemuruh dijiwa tiba2 datang tanpa diduga. Walauapapun aku tetap bersabar sambil mencari jalan untuk menyelesaikanya. Hampir dua jam setengah aku sesat. Tanya driver teksi pun diorang tak tahu, tanya orang ramai disekitar tu pun diorang tak tahu. Tp sebelum aku call,sape2 yang boleh bg bantuan, aku try first to solve dis problem. Setelah blur, aku cuba call para pensyarah.  Mungkin diorang boleh bantu aku dalam menyelesaikan masalah ini. Harapan aku, dapat mencari destinasi event.. Pengajaran daripada pengalaman ini, aku mesti cekap dan peka selok belok semua kawasan sebelum aku menerajui dunia ini. Jika tidak agak susah bagi aku sebagai seorang wartawan.

Secara keseluruhan pengalaman sepanjang pra praktikal di utusan memang banyak cabaran, Tetapi  memang menarik bagi aku untuk menceburi bidang ini kerana  ini minat aku. Walaupun story masih lagi perlu ada pensyarah atau senior wartawan  supaya  memberi tunjuk ajar. Mungkin ini mengajar aku buat story yang terbaik.

Pengalaman aku setelah mengenali dunia newsroom/kewartawanan  banyak mendapat ilmu dan formula yang perlu seseorang wartawan peka. Antaranya aku atau mana-mana wartawan lain perlu alert dengan pelbagai isu semasa yang berlaku disekeliling dan sebelum keluar untuk membuat liputan menjadi perkara wajib kepada kami para wartawan membuat kajian terhadap event atau isu yang bakal di cover terlebih dahulu. Hal ini untuk mengelakan kami para wartawan buntu akan isu disebalik yang bakal ditanya terutamanya dalam sidang akhbar yang diadakan atau sesi temuramah selepas sidang akhbar. Signifikan ini, untuk memudahkan kami para wartawan membentuk sesuatu berita yang agak menarik. Selain itu, perlu tingkatkan skill komunikasi antara masyarakat pelbagai peringkat serta improve bahasa, terutamanya bahasa inggeris, kerana kebanyakan  event, sidang akhbar dan kenyataan akhbar dikendalikan dalam bahasa inggeris. Ini salah satu cabaran bagi aku.

Begitu juga, sebelum keluar membuat tinjauan orang ramai ada baik untuk kami membuat kajian terlebih dahulu untuk mengelak daripada ditanya balik oleh orang yang mungkin lebih peka terhadap isu yang ditanya.

Sebagai contoh, pengalaman saya pada tarikh 4 Jun 2008 keluar membuat tinjauan orang ramai terhadap isu yang dikatakan hangat pada ketika itu, berkaitan mekanisme subsidi minyak. Tinjauan ini dibuat diskitar Hentian Putra dan Pudu Raya. Sebelum tugasan, sempat untuk saya meluangkan masa membuat kajian isu yang berkaitan. Ini memberi keyakinan untuk saya bertanya kepada orang ramai seramai yang mungkin. Kebanyakan mereka memberi kerjasama.

Pengalaman manis yang memberi peluang untuk aku menaiki Eye On Malaysia bersama para Media yang turut sama membuat liputan. Pengalaman aku semasa di sana  sangat bermakna dan betul2 ada sifat kemasyarakatan, kerana melihat adik2 yang tidak punya ibu ayah dan mungkin kalangan diorang adalah golongan terabai.

Lampiran contoh berita yang keluar dalam UTUSAN MALAYSIA

Sebahagian daripada 77 anak yatim turut dijamu dengan aiskrim selepas menaiki Eye On Malaysia di Taman

 

Written by : CHE NORAINI CHE OMAR

Edited by : En Borhan, News Editor( UTUSAN)

 

77 ANAK YATIM BERPELUANG MENAIKI EYE ON MALAYSIA

KUALA LUMPUR 22 Mei – Kelab Rotary Kuala Lumpur meraikan 77 anak yatim dengan membawa mereka menaiki Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Presiden Kelab Rotary Kuala Lumpur, Attan Akmar berkata, kanak-kanak berkenaan adalah penghuni di empat rumah anak yatim di sekitar di sini.

”Rumah anak yatim yang terlibat ialah Pusat Kebajikan Good Shepherd, Asrama Baitul Ummah, Yayasan Gurpuri dan Ambu Illam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Matlamat program itu, katanya, adalah memberi peluang kepada anak yatim berkenaan menyertai pelbagai aktiviti luar.

”Ia juga adalah sumbangan Kelab Rotary dan Eye On Malaysia kepada mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Pelatih PLKN sakit kronik dikecualikan

 Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan CHE NORAINI CHE OMAR

KUALA LUMPUR 10 Jun – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak akan menerima bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang disahkan menghidap penyakit kronik seperti asma mulai sesi pengambilan Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mereka yang terlibat sebelum ini diklasifikasikan sebagai ‘layak bersyarat’ tetapi kerajaan memutuskan untuk memansuhkan syarat itu.

“Sebelum ini, status layak bersyarat diberikan kepada mereka yang mahu menyertai program itu tetapi menghadapi masalah kesihatan seperti asma, darah tinggi dan mangsa trauma,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Pertolongan Cemas untuk jurulatih PLKN di Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat lima perakuan dalam borang kesihatan pelatih iaitu layak, tidak layak, tangguh, dikecualikan dan layak bersyarat.

“Perakuan layak bersyarat bermakna pelatih boleh memasuki kem tetapi mereka hanya diberi latihan bukan fizikal.

“Selepas ini tidak akan ada lagi pelatih masuk kem yang bertaraf ‘layak bersyarat’ seperti yang diputuskan pada Mesyuarat Teknikal Kesihatan PLKN 27 Mei lalu,” jelasnya.

Abdul Hadi berkata, sehubungan itu pegawai perubatan di kem latihan akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu terhadap bakal pelatih bagi menentukan tahap kesihatan sebaik sahaja mereka melaporkan diri di kem berkenaan.

Melalui cara itu katanya, pelatih yang dikenalpasti menghidap penyakit akan diketepikan untuk tindakan susulan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Datuk Megat Mohd. Yusuf.

 

 

JADUAL TUGASAN CHE NORAINI SEPANJANG 5 MINGGU MENJALANI PRA PRAKTIKAL DI UTUSAN MALAYSIA

 

19 MEI 2008

10.00:Lapor diri dan di tempatkan di Meja Berita

          Buat berita berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan

 

20 MEI 2008

10.00: Kes pembunuhan bangsa Cina, di Lorong Hj Taib. Tugasan bersama senior Meja Jenayah UMAVATHI

PETUGAS: UMAVATHI( CHE NORAINI+NORMALA)

 

21 MEI 2008

5.00: MAS Golden Holidays lancarkan pakej percutian sambil berhibur ke Jakarta di Borneo Baruk Club, No 1 Jalan Kia Peng Lima, Kuala Lumpur.

PETUGAS: CHE NORAINI

 

22 MEI 2008

9.00 : FRIM lancar Portal Timber Engenering And Technology Information Resources di Hotel Grand Seasons Jln Pahang, KL. (VIP tidak dinyatakan).

PETUGAS :CHE NORAINI

 

22 MEI 2008

3.45: Kelab Rotary KL membawa 77 anak yatim menaiki Eye On Malaysia di Tasik Titiwangsa

PETUGAS:CHE NORAINI/PIX

 

23 MEI 2008

8.30: Menteri Pelancongan, DATUK AZALINA OTHMAN rasmikan Ekspo Pelancongan Antarabangsa Asian 2008 (AITE) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), KL.

PETUGAS: FAIZAH(CHE NORAINI)PIX

 

24 MEI 2008

2.00: DATUK NOH OMAR hadir perasmian program peluang perniagaan dan usahasama pelaburan di dewan Tun Hussein Onn, PWTC.

PETUGAS: MUZDALIFAH / PIX  (CHE NORAINI)

 

25 MEI 2008

CUTI

 

26 MEI 2008

10.45: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI dijangka hadir ke `Pelancaran The Biotech Review 2005-2007‘ yang pertama di Dewan Bankuet, tingkat 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

PETUGAS:CHIN MEE/CHE NORAINI

27 MEI 2008

9.00: MENTERI Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat merasmikan Forum Mekanisme Kerjasama Keselamatan Navigasi dan Penjagaan Alam Sekitar di Selat Melaka dan Singapura  yang disertai oleh wakil-wakil dari Singapura, Indonesia dan Malaysia serta NGO antarabangsa di The Grand Millennium, KL.

PETUGAS: CHIN MEE/PIX (CHE NORAINI)

 

28 MEI 2008

10.00 : Menteri Kesihatan Malaysia akan menyempurnakan Hari Talasemia Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2008 di Manhattan 2, Tingkat 14, Berjaya Times Square Hotel, Convention Centre, KL.

PETUGAS : AMIRAH /(CHE NORAINI)/PIX

 

 

29 MEI 2008

3.00 : Pengarah Manfield Development Sdn Bhd., Adnan Hashim bagi pc mengenai masalah projek dengan TNB bernilai RM500 juta di Tingkat 24, Menara Haw Par, Jalan P.Ramlee (sebelah Hotel Shangri-la).

PETUGAS: MUZDALIFAH/PIX/(CHE NORAINI)

 

30 MEI 2008

CUTI

 

31 MEI 2008

10.00: Penduduk dan anak negeri Selangor adakan sidang akhbar untuk melancarkan kempen tanda tangan menyeru kerajaan negeri selangor tunaikan janji di Old Town White Coffee, Jalan SJ 6, Taman Selayang Jaya, Batu Caves

PETUGAS: CHE NORAINI/ NORMALA/PIX

 

1 JUN 2008

CUTI

 

2 JUN 2008

8.30: KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, DATUK DR. ZULKIFLI IDRIS rasmikan Bengkel “International Master Class On Plant BIosecurity” di Blik Rajawali & Helang, Tingkat 9, Hotel Legend, KL.

PETUGAS: CHE NORAINI/NURHAFIZA

 

 

3 JUN 2008

12.30: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 11, Dr. Hou Kok Chung adakan lawatan mengejut ke Kolej Informatics Kuala Lumpur Megan Avenue Phileo Promenade, 189, Jalan Tun Razak.

PETUGAS:CHE NORAINI

 

 

4 JUN 2008-2.30 PTG

1). MEKANISME SUBSIDI BAHAN API

– Dapatkan ahli akademik yang boleh memberi pandangan bernas tentang mekanisme subsidi bahan api yang sesuai, kerana kerajaan setakat ini belum mempunyai hala tuju.

– Selain mengurangkan subsidi mungkin juga kerajaan juga perlu menggalakkan penjimatan penggunaan minyak kalangan rakyat seperti mengurangkan had laju pada jalan raya persekutuan dan lebuh raya.

– Apakah kenaikan harga minyak memang tidak dapat dielakkan?

– Pak Lah ajak dunia secara drastik memerangi harga minyak, makanan dan komoditi melampau, tanya juga pakar ekonomi dan hubungan antarabangsa tentang usaha yang boleh diambil, apakah dengan menggantung pasaran hadapan minyak dapat menyelesaikannya.

PETUGAS:NIZAM(SENIOR)

– Buat tinjauan orang ramai mengenai mekanisme yang difikirkan sesuai.

PETUGAS: CHE NORAINI

 

5 JUN 2008

CUTI

 

SUSULAN  6 JUN 2008

 

– Tanya penganalisis politik apakah sokongan kepada kerajaan akan merosot ekoran tekanan kenaikan sara hidup rakyat.

PETUGAS:CHE NORAINI

 

7&8/ JUN 2008

CUTI

 

9 JUN 2008

9.00: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK HASAN MALEK beri ucaptama di Majlis Persidangan Pengurusan Sempadan Dalam Persekitaran Maritim Domain (Managing Borders In the Maritim) di Hotel Renaissance.

PETUGAS: PEI WEN/ (CHE NORAINI)

 

10 JUN 2008

9.00 : KP JLKN Abdul Hadi Awang Kechil adakan PC berkenaan Kursus Asas Pertolongan Cemas bagi Kakitangan Pengurusan JLKN di Kem PLKN Temasya Rimba Templer, KM 20 Jln Ipoh, Rawang.

PETUGAS: WAN NOORHAYATI/(CHE NORAINI)

11 JUN 2008

CUTI

 

12 JUN 2008

3.00: MAJLIS penyerahan zakat perniagaan RM150,000 kepada rumah amal limpahan kasih di Lot 115A, Lorong Bestari 3, Kg Sri Aman, Batu 13, Puchong

PETUGAS: CHE NORAINI/PIX

 

13 JUN 2008

10.30 : BODY SHOP adakan sidang akhbar mengenai bantuan yang akan menyalurkan kepada mangsa bencana Nargis di The Body Shop Store, Level 3 (Ground Floor), Pavilion KL.

PETUGAS : NOR HAYATI/CHE NORAINI

 

14 JUN 2008

9.00: Pengerusi LPPKN, TAN SRI ZALEHA ISMAIL merasmikan Kempen Derma Darah dan Organ di Platinum Room, Seventh Heaven, Level 7, Pavilion KL.

PETUGAS:CHE NORAINI/PIX

 

16 JUN 2008

11.00: Sempena Hari Alam Sekitar Dunia 2008, Syarikat Treat Every Environment Special Sdn. Bhd.(TrEES) bersama 16 sekolah dan 16 rumah kebajikan menyertai kejohanan melukis poster di Dewan Teong Kim Chai, Persatuan Spastik Selangor dan WP N.14, Lrg Utara A, Off Jalan Utara, PJ.

PETUGAS: CHE NORAINI/PIX

 

17 JUN 2008

10.30: Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh adakan `Bangladesh Festival & Trade Fair di Exchange Trade Centre International, 70 Merdeka Square, Jalan Raja, KL

PETUGAS:CHE NORAINI

 

19 JUN 2008

1.00: MAJLIS PERKENALAN DUTA BARU Indonesia dan makan tengah hari dengan media di Wisma Duta, 23, Jalan U Thant,KL.

PETUGAS: CHE NORAINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4 responses to this post.

  1. Posted by pija on July 17, 2008 at 3:48 am

    chaiyo2!! dah bleh wat report trus ni che

    A’aa kak. My experience story ni memang che nak jadikan report terus. Dah siap untuk english version. Tp bahasa…x yah cakap..memang bagus..hehehehe.

    Reply

  2. cm buku buku log je ni che? rajin banget kok. tapi interesting la. hmm..camana skang? dah tau serba sedikit dunia wartawan ni?

    Hai cam buku log ke? sikit-sikit ada la. Yup skg che dah rasa serba sedikit tentang kehidupan sebenar seorang wartawan bila berkecimpung dalam dunia industri..Macam2 boleh rasa.

    Reply

  3. Posted by nurul farhana on March 2, 2009 at 7:14 am

    saya akan menjalani praktikal pada tahun ini.tp sy nak tau jpm terima ke pelajar untuk praktikal disana ye???

    Reply

  4. Posted by nurul farhana on March 2, 2009 at 7:17 am

    sy amik cost business management

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: