Archive for August, 2009

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52

Selamat hari kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia serta rakan-rakan reporter Sinar Harian KL dan Selangor..Merdeka3x

Selamat hari kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia serta rakan-rakan reporter Sinar Harian KL dan Selangor..Merdeka3x

Malaysia boleh!!!!

Di kesempatan ini aku ingin mengucapakan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52 dan selamat berpuasa kepada rakan-rakan wartawan Sinar Harian KL dan Selangor… Teruskan perjuangan anda, untuk merealisasikan matlamat 1 Malaysia,  (1 Newsroom)

Selamat hari merdeka!!! gambar kenangan bersama rakan-rakan reporter Sinar Harian KL dan Selangor

Selamat hari merdeka!!! gambar kenangan bersama rakan-rakan reporter Sinar Harian KL dan Selangor

Kesederhanaan hidup tidak menghalangku bergelar graduan

aku (tengah) bersama ayah (kanan) dan sepupu (kiri)

aku (tengah) bersama ayah (kanan) dan sepupu (kiri)

aku bersama ayah tercinta selepas majlis konvokesyen Ogos 2009
aku bersama ayah tercinta selepas majlis konvokesyen Ogos 2009
Kenanagan bersama skrol ijazah, selepas majlis konvokesyen USIM,  1 Ogos 2009
Kenanagan bersama skrol ijazah, selepas majlis konvokesyen USIM, 1 Ogos 2009

Salam Ukhuwah buat pembaca;

Kesederhanaan hidup tidak pernah menghakis semangat aku untuk berjaya dalam pelajaran. Malah aku juga tidak pernah membiarkan rasa rendah diri membelit mindaku tatkala rakan lain mempunyai kelengkapan sempurna untuk ke sekolah.

Aku tidak kisah jika perut ku tidak terisi, poket kosong dan bibir kering menahan lapar asalkan aku dapat ke sekolah. Lebih membanggakan aku keputusan peperiksaan menujukkan prestasi cemerlang.

Inilah perjuangan yang terpaksa aku hadapi sehingga melayakkan aku menyambung pelajaran ke peringkat menara gading.

Pada tahun 2005, aku mula menjejakan kaki ke menara gading. Sepanjang empat tahun menyelami hidup pahit manis sebagai seorang pelajar IPTA, akhirnya aku berjaya jua dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian, dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Ogos 2009.

Tarikh keramat ini merupakan hari yang penuh bersejarah buat aku untuk bergraduasi setelah menamatkan pengajian selama tempoh empat tahun. Berikutan itu aku sah bergelar sebagai seorang graduan universiti.

Inilah hadiah paling bermakna buat ibu ku, Maimunah Abdullah, 64, dan ayah, Che Omar Che Mood, 72.

Aku merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik yang semuanya puteri.

Kejayaan ini mungkin sukar untuk aku kecapi tanpa usaha dan dorongan ibu bapa selain rakan-rakan yang banyak membantu. Walaupun terpaksa menanggung hidup dalam serba kekurangan, namun aku bersyukur kerana berpeluang menyambung pelajaran ke salah sebuah IPTA tempatan yang mana mendapat sokongan moral daripada ibu dan ayah…Syukran Jazilan ya Ummi wa Abi..

Selamat menunaikan ibadah puasa dan menyambut  kemerdekaan buat semua pembaca..

Tema kemerdekaan ke-52 ” Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”

Sama-samalah berganding bahu merealisasikan hasrat ini…

Punca bendera kurang dikibarkan

Penutup hidung, mulut lebih penting

O: CHE NORAINI CHE OMAR

 SHAH ALAM- Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air ke-52.

Dalam kesibukan berpolitik dan suasana negara yang tidak menentu berikutan berhadapan dengan virus influenza (H1N1) serta mengerjakan ibadat puasa, hal berkaitan menjiwai semangat kemerdekaan kelihatan dipinggirkan.

Berikutan suasana seumpama itu, kelihatan bendera jalur gemilang masih berkurangan dikibarkan di bangunan-bangunan atau kenderaan sedangkan sambutan hari bersejarah itu sudah hampir tiba hanya tinggal beberapa hari lagi.

Tinjauan di sekitar Shah Alam mendapati rata-rata berpendapat kurangnya semangat mereka bagi menyambut kemerdekaan kali ini disebabkan berhadapan dengan penularan wabak H1NI yang semakin serius melanda negara yang mana kini sudah mencecah angka kematian seramai 70 orang dan ada juga antara mereka berpendapat, kerana kurangnya kesedaran diri berkenaan erti kemerdekaan.

Dayangku Mahirah Awang Binting, 24, berpendapat berikutan kurangnya bendera jalur gemilang dikibarkan, disebabkan kurangnya semangat di kalangan rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan berikutan berhadapan dengan virus H1N1, yang semakin menular.

“Saya rasa, mereka kurang bersemangat dalam menyambut kemerdekaan kali ini, mungkin disebabkan bimbang dengan keadaan Negara yang dilanda wabak ini dan kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Bagi saya, kebanyakan orang ramai lebih pentingkan keselamatan untuk belanjakan wang mereka bagi membeli topeng sebagai langkah pencegahan berikutan penularan virus berjangkit ini,’’ katanya.

Noridayu Hamzah, 23, turut berkongsi pandangan yang sama mengenai cintanya terhadap sambutan kemerdekaan di kalangan rakyat kali ini dilihat sangat berkurangan berikutan berhadapan dengan penularan virus tersebut.

 “Bagi saya, ekoran penularan penyakit berjangkit yang serius ini, rakyat seakan alpa dengan sambutan kemerdekaan, walau pun mereka tahu betapa pentingnya semangat kemerdekaan yang perlu ditonjolkan bagi menghormati dan mengingati mereka yang banyak memperjuangkan negara.

 “Hal ini, kerana ramai antara mereka, bimbang akan dijangkiti virus ini. Jadi mereka mengelakkan diri daripada berhadapan dengan khalayak,’’ katanya.

 Sementara itu, pelajar, Khairul Nizar Mohd Salleh, 22, pula lain pandangannya, tentang mengapa kali ini kelihatan kurangnya semangat di kalangan rakyat dalam menyambut hari kemerdekaan kerana katanya, ini disebabkan kurangnya minat dan kesedaran di kalangan rakyat tentang erti kemerdekaan.

 “Saya rasa, kes seumpama ini berlaku hanya disebabkan kurangnya minat dan kesedaran mereka untuk menjiwai hari yang bersejarah ini. Ini juga berikutan mereka yang langsung tidak ambil peduli untuk memahami erti-erti kemerdekaan.

 “Bagi saya hanya segelintir rakyat sahaja yang berfikir sekiranya menyambut kemerdekaan pada kali ini, berkemungkinan boleh menyebabkan mereka dijangkiti Virus H1N1.

 “Kadangkala, masyarakat harus sedar bahawa hakikat penyakit ini datang dari mereka sendiri yang membuat kerosakan di bumi dan inilah balasan Tuhan yang hanya sedikit menguji umat manusia. Ini tidak menjadi punca hilangnya semangat mereka untuk menyambut kemerdekaan,’’ katanya.

Published by Sinar Harian

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia dengan penuh rasa patriotik!!!