Punca bendera kurang dikibarkan

Penutup hidung, mulut lebih penting

O: CHE NORAINI CHE OMAR

 SHAH ALAM- Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air ke-52.

Dalam kesibukan berpolitik dan suasana negara yang tidak menentu berikutan berhadapan dengan virus influenza (H1N1) serta mengerjakan ibadat puasa, hal berkaitan menjiwai semangat kemerdekaan kelihatan dipinggirkan.

Berikutan suasana seumpama itu, kelihatan bendera jalur gemilang masih berkurangan dikibarkan di bangunan-bangunan atau kenderaan sedangkan sambutan hari bersejarah itu sudah hampir tiba hanya tinggal beberapa hari lagi.

Tinjauan di sekitar Shah Alam mendapati rata-rata berpendapat kurangnya semangat mereka bagi menyambut kemerdekaan kali ini disebabkan berhadapan dengan penularan wabak H1NI yang semakin serius melanda negara yang mana kini sudah mencecah angka kematian seramai 70 orang dan ada juga antara mereka berpendapat, kerana kurangnya kesedaran diri berkenaan erti kemerdekaan.

Dayangku Mahirah Awang Binting, 24, berpendapat berikutan kurangnya bendera jalur gemilang dikibarkan, disebabkan kurangnya semangat di kalangan rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan berikutan berhadapan dengan virus H1N1, yang semakin menular.

“Saya rasa, mereka kurang bersemangat dalam menyambut kemerdekaan kali ini, mungkin disebabkan bimbang dengan keadaan Negara yang dilanda wabak ini dan kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Bagi saya, kebanyakan orang ramai lebih pentingkan keselamatan untuk belanjakan wang mereka bagi membeli topeng sebagai langkah pencegahan berikutan penularan virus berjangkit ini,’’ katanya.

Noridayu Hamzah, 23, turut berkongsi pandangan yang sama mengenai cintanya terhadap sambutan kemerdekaan di kalangan rakyat kali ini dilihat sangat berkurangan berikutan berhadapan dengan penularan virus tersebut.

 “Bagi saya, ekoran penularan penyakit berjangkit yang serius ini, rakyat seakan alpa dengan sambutan kemerdekaan, walau pun mereka tahu betapa pentingnya semangat kemerdekaan yang perlu ditonjolkan bagi menghormati dan mengingati mereka yang banyak memperjuangkan negara.

 “Hal ini, kerana ramai antara mereka, bimbang akan dijangkiti virus ini. Jadi mereka mengelakkan diri daripada berhadapan dengan khalayak,’’ katanya.

 Sementara itu, pelajar, Khairul Nizar Mohd Salleh, 22, pula lain pandangannya, tentang mengapa kali ini kelihatan kurangnya semangat di kalangan rakyat dalam menyambut hari kemerdekaan kerana katanya, ini disebabkan kurangnya minat dan kesedaran di kalangan rakyat tentang erti kemerdekaan.

 “Saya rasa, kes seumpama ini berlaku hanya disebabkan kurangnya minat dan kesedaran mereka untuk menjiwai hari yang bersejarah ini. Ini juga berikutan mereka yang langsung tidak ambil peduli untuk memahami erti-erti kemerdekaan.

 “Bagi saya hanya segelintir rakyat sahaja yang berfikir sekiranya menyambut kemerdekaan pada kali ini, berkemungkinan boleh menyebabkan mereka dijangkiti Virus H1N1.

 “Kadangkala, masyarakat harus sedar bahawa hakikat penyakit ini datang dari mereka sendiri yang membuat kerosakan di bumi dan inilah balasan Tuhan yang hanya sedikit menguji umat manusia. Ini tidak menjadi punca hilangnya semangat mereka untuk menyambut kemerdekaan,’’ katanya.

Published by Sinar Harian

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia dengan penuh rasa patriotik!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: