Archive for November, 2010

FOTO KENANGAN 2010 BERSAMA RAKAN SETUGAS

FOTO KENANGAN 2010 BERSAMA WARGA SEKSYEN DASAR SARAAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA

 

GAMBAR KENANGAN 2010 BERSAMA WARGA SEKSYEN DASAR SARAAN, PERBENDAHARAAN MALAYSIA

SISTEM PENDIDIKAN

Dualisme Dalam Sistem Pendidikan Lahirkan Percanggahan Personaliti

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Dualisme yang wujud dalam sistem pendidikan yang memisahkan ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem, mengakibatkan lahirnya percanggahan personaliti, kata seorang ahli akademik Isnin.

Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Datuk Dr Sidek Baba berkata dualisme yang wujud itu perlu dielakkan dalam usaha membina umat Islam yang mampu menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia.

“Inilah antara faktor yang menyumbang kepada kemunduran umat Islam hari ini. Integrasi dalam bidang pendidikan dilihat sebagai sesuatu yang sangat penting untuk membolehkan umat Islam menikmati kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya semasa berucap pada Persidangan Pendidikan Islam: Perancangan Untuk Masa Depan Dunia Islam di sini.

Persidangan tiga hari melibatkan 300 peserta itu akan membincangkan, antara lain, perancangan dan cabaran yang dihadapi dunia pendidikan Islam pada masa akan datang.

–DIPETIK DARI BERNAMA BERTARIKH 29 November 2010

 

EKONOMI BARU NEGARA

DUA PAKEJ RANSANGAN BERJAYA

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi pertama dan kedua berjaya mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan dengan mencatat pertumbuhan di luar jangkaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan yakin pelaksanaan pakej rangsangan beserta dasar monetari yang akomodatif, ekonomi negara akan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh pada 2010 dan 2011.

“Kedua-dua pakej rangsangan itu berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi di luar jangkaan iaitu sebanyak 9.5 peratus dalam separuh pertama tahun ini berbanding 5.1 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sektor pembinaan mencatat pertumbuhan 6.3 peratus melalui projek di bawah Program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA), Projek Infrastruktur Asas (PIAS), pembinaan Rumah Mesra Rakyat dan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen pembangkang itu mahu kerajaan menyatakan projek yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan ekonomi RM60 bilion pada 2009 dan apakah hasil daripada pakej rangsangan tersebut.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi pakej rangsangan ekonomi pertama, kesemua peruntukan berjumlah RM7 bilion telah diagihkan kepada kementerian dan agensi pelaksana.

“Sehingga 4 November lalu, sebanyak 66,841 projek siap dilaksanakan dan sejumlah RM6.56 bilion pembayaran telah dibuat,” katanya.

Bagi pakej rangsangan ekonomi kedua yang bernilai RM60 bilion pula katanya, projek dilaksanakan termasuk menyediakan peluang latihan, pekerjaan, meringankan beban rakyat terutamanya golongan terjejas, membantu sektor swasta menghadapi krisis dan membina keupayaan masa depan.

Daripada jumlah tersebut, beliau berkata, sebanyak RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion bagi Dana Jaminan, RM10 bilion (pelaburan ekuiti), RM7 bilion (inisiatif pembiayaan swasta) dan RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai.

“Sehingga 4 November lalu, sejumlah RM13.99 bilion daripada suntikan fiskal telah diagihkan kepada kementerian dan agensi.

“Sebanyak 51,504 projek bernilai RM11.66 bilion dilaksanakan dan daripada jumlah ini sebanyak 48,963 projek siap dengan pembayaran dijelaskan sebanyak RM9.65 bilion,” katanya.

Melalui pakej rangsangan ekonomi kedua juga katanya, kerajaan memperuntukkan RM110 juta bagi memberi peluang kepada siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Beliau dalam pada itu berkata, 87 peratus daripada 9,456 responden yang ditemuduga melibatkan pemimpin masyarakat dan orang awam di seluruh negara berpuas hati dengan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi kedua.

“Ia berdasarkan hasil kajian penilaian dan impak pakej rangsangan ekonomi kedua yang dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Pengurusan Projek (PMU) pada Julai lalu,” katanya.

SUMBER UTUSAN ONLINE BERTARIKH 29 November 2010

BLOG OH BLOG…RINDU KU PADA MU

Blog oh blog. Rindu ku pada mu teramat sangat.  Namun keadaan n masa x mengizinkan ku untuk bersama mu. W/ape pn aku cuba ambil kesempatan masa untuk sentiasa kemaskini blogku yang sekian lama terabai oleh karenah masa empunya blog..aku akan cuba kemaskini coretan atau entry bermanfaat dari semasa ke semasa..terima kasih blog..jumpa lagi/:-)