REKREASI MENARIK- TERBAIK PUNYE UNTUK PEMBACA

Dusun Eco Resort tawar pakej istimewa

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my

 

Terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur, Dusun Eco Resort Bentong, Pahang dilihat sebagai lokasi paling ideal untuk para pengunjung dari ibu kota beriadah serta mengadakan aktiviti berkumpulan.

Dengan kawasan seluas 28 ekar, Dusun Eco Resort dikelilingi oleh hutan tropikal yang kaya dengan tumbuhan flora dan fauna serta dilengkapi pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk aktiviti rekreasi serta motivasi.

Penolong Pengurus resort, Wan Mohammad Wan Abdullah berkata, antara aktiviti yang boleh diadakan ialah kursus, kem motivasi, kem bina semangat, team building, brainstorming, perkhemahan dan pelbagai lagi aktiviti dalam kumpulan.

“Promosi hebat yang ditawarkan sehingga hari ini telah berjaya menarik minat pengunjung untuk menikmati sendiri kemudahan dan aktiviti menarik yang terdapat di Dusun Eco Resort,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, perkampungan latihan ini dibina di atas tapak dusun durian pada 1996 oleh dua rakan kongsi dengan bantuan seorang bekas tentera, Mejar (B) Ismail Abdul Rahman yang mahir dalam mereka bentuk tapak dan kawasan aktiviti.

“Pada awal penubuhannya, perkampungan ini agak kurang mendapat sambutan kerana keadaan ekonomi negara yang gawat pada masa itu.

“Sehinggalah pada 2002, pihak resort mengambil inisiatif dengan mengadakan pelbagai promosi istimewa bagi menarik minat orang ramai untuk berkunjung ke tempat ini,” jelasnya.

Katanya lagi, kemudahan yang lengkap untuk pelbagai jenis program serta pendekatan kembali kepada alam sekitar menjadi tarikan utama kawasan rekreasi ini.

“Di sini terdapat pelbagai aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental para pengunjung seperti laluan hutan, kembara malam, flying fox, abseiling dan repelling, rock climbing, wall climbing, jambatan gantung, rentas halangan serta aktiviti air (berakit) dan bermacam-macam lagi,” ujarnya.

Wan Muhammad memberitahu, kawasan penginapan yang disediakan pula mampu menampung seramai 1,400 peserta pada satu-satu masa merangkumi 64 buah chalet, 26 buah chalet A-shape, enam blok asrama dan dua tapak perkhemahan.

“Kemudahan asas yang disediakan pula adalah 14 buah dewan seminar, 15 buah wakaf, dua buah surau dan dua buah dewan makan.

“Selain itu turut disediakan padang kawad, kafe, kedai runcit, kedai cenderamata, kolam mandi, pondok rehat, tandas awam dan perkhidmatan telefon,” terangnya.

Tambahnya lagi, promosi yang ditawarkan adalah serendah RM36 hingga RM59 seorang termasuk makan sebanyak lima kali sehari sementara aktiviti berkhemah pula harganya hanya RM18 hingga RM22.

Satu lagi tarikan utama di sini ialah sukan paintball yang menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding di ibu kota dan di tempat-tempat lain.

Perkhidmatan tambahan yang disediakan ialah khidmat pandu arah terutamanya bagi aktiviti kembara hutan dan berjalan malam, kemudahan untuk hari keluarga dan peralatan serta bahan-bahan untuk barbeque.

Katanya, diharap agar lebih ramai pengunjung datang untuk merasai sendiri pengalaman dan kemudahan yang disediakan di sini.

“Keluarlah dari hiruk-pikuk bandar dan tenangkan fikiran dalam suasana rimba yang nyaman dan menyegarkan.

“Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung dan memberikan respon positif mengenai Dusun Eco Resort. Segala teguran dan komen akan digunakan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan dan kemudahan pada masa akan datang,” tambahnya.

Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut bolehlah hubungi talian 03-20708720 atau e-mel ke sales@dusuneco.com atau dusunecoresort@gmail.com

SUMBER: RUANGAN REKREASI UTUSAN ONLINE BERTARIKH 1 JAN 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: