Archive for the ‘Uncategorized’ Category

RAMADHAN DAN KEMERDEKAAN

Pejam celik pejam celik, ummat islam sudah pun melalui 1/3 ramadhan yakni 10 ramadhan. Masa berlalu begitu pantas. Kemerdekaan negara juga hampir tiba. Seluruh rakyat di negara Malaysia bakal menyambut hari penuh bersejarah itu. Namun ramadhan ini dapat mendidik jiwa merdeka dari pelbagai sifat-sifat mazmumah. Sambutan Kemerdekaan negara kali ini diharap selari dengan jiwa merdeka yang dididik sepanjang ramadhan yang dilalui.

Kepada Ummat Islam, Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-53

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52

Selamat hari kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia serta rakan-rakan reporter Sinar Harian KL dan Selangor..Merdeka3x

Selamat hari kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia serta rakan-rakan reporter Sinar Harian KL dan Selangor..Merdeka3x

Malaysia boleh!!!!

Di kesempatan ini aku ingin mengucapakan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52 dan selamat berpuasa kepada rakan-rakan wartawan Sinar Harian KL dan Selangor… Teruskan perjuangan anda, untuk merealisasikan matlamat 1 Malaysia,  (1 Newsroom)

Selamat hari merdeka!!! gambar kenangan bersama rakan-rakan reporter Sinar Harian KL dan Selangor

Selamat hari merdeka!!! gambar kenangan bersama rakan-rakan reporter Sinar Harian KL dan Selangor

Kesederhanaan hidup tidak menghalangku bergelar graduan

aku (tengah) bersama ayah (kanan) dan sepupu (kiri)

aku (tengah) bersama ayah (kanan) dan sepupu (kiri)

aku bersama ayah tercinta selepas majlis konvokesyen Ogos 2009
aku bersama ayah tercinta selepas majlis konvokesyen Ogos 2009
Kenanagan bersama skrol ijazah, selepas majlis konvokesyen USIM,  1 Ogos 2009
Kenanagan bersama skrol ijazah, selepas majlis konvokesyen USIM, 1 Ogos 2009

Salam Ukhuwah buat pembaca;

Kesederhanaan hidup tidak pernah menghakis semangat aku untuk berjaya dalam pelajaran. Malah aku juga tidak pernah membiarkan rasa rendah diri membelit mindaku tatkala rakan lain mempunyai kelengkapan sempurna untuk ke sekolah.

Aku tidak kisah jika perut ku tidak terisi, poket kosong dan bibir kering menahan lapar asalkan aku dapat ke sekolah. Lebih membanggakan aku keputusan peperiksaan menujukkan prestasi cemerlang.

Inilah perjuangan yang terpaksa aku hadapi sehingga melayakkan aku menyambung pelajaran ke peringkat menara gading.

Pada tahun 2005, aku mula menjejakan kaki ke menara gading. Sepanjang empat tahun menyelami hidup pahit manis sebagai seorang pelajar IPTA, akhirnya aku berjaya jua dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian, dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Ogos 2009.

Tarikh keramat ini merupakan hari yang penuh bersejarah buat aku untuk bergraduasi setelah menamatkan pengajian selama tempoh empat tahun. Berikutan itu aku sah bergelar sebagai seorang graduan universiti.

Inilah hadiah paling bermakna buat ibu ku, Maimunah Abdullah, 64, dan ayah, Che Omar Che Mood, 72.

Aku merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik yang semuanya puteri.

Kejayaan ini mungkin sukar untuk aku kecapi tanpa usaha dan dorongan ibu bapa selain rakan-rakan yang banyak membantu. Walaupun terpaksa menanggung hidup dalam serba kekurangan, namun aku bersyukur kerana berpeluang menyambung pelajaran ke salah sebuah IPTA tempatan yang mana mendapat sokongan moral daripada ibu dan ayah…Syukran Jazilan ya Ummi wa Abi..

Selamat menunaikan ibadah puasa dan menyambut  kemerdekaan buat semua pembaca..

Tema kemerdekaan ke-52 ” Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”

Sama-samalah berganding bahu merealisasikan hasrat ini…

Punca bendera kurang dikibarkan

Penutup hidung, mulut lebih penting

O: CHE NORAINI CHE OMAR

 SHAH ALAM- Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air ke-52.

Dalam kesibukan berpolitik dan suasana negara yang tidak menentu berikutan berhadapan dengan virus influenza (H1N1) serta mengerjakan ibadat puasa, hal berkaitan menjiwai semangat kemerdekaan kelihatan dipinggirkan.

Berikutan suasana seumpama itu, kelihatan bendera jalur gemilang masih berkurangan dikibarkan di bangunan-bangunan atau kenderaan sedangkan sambutan hari bersejarah itu sudah hampir tiba hanya tinggal beberapa hari lagi.

Tinjauan di sekitar Shah Alam mendapati rata-rata berpendapat kurangnya semangat mereka bagi menyambut kemerdekaan kali ini disebabkan berhadapan dengan penularan wabak H1NI yang semakin serius melanda negara yang mana kini sudah mencecah angka kematian seramai 70 orang dan ada juga antara mereka berpendapat, kerana kurangnya kesedaran diri berkenaan erti kemerdekaan.

Dayangku Mahirah Awang Binting, 24, berpendapat berikutan kurangnya bendera jalur gemilang dikibarkan, disebabkan kurangnya semangat di kalangan rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan berikutan berhadapan dengan virus H1N1, yang semakin menular.

“Saya rasa, mereka kurang bersemangat dalam menyambut kemerdekaan kali ini, mungkin disebabkan bimbang dengan keadaan Negara yang dilanda wabak ini dan kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Bagi saya, kebanyakan orang ramai lebih pentingkan keselamatan untuk belanjakan wang mereka bagi membeli topeng sebagai langkah pencegahan berikutan penularan virus berjangkit ini,’’ katanya.

Noridayu Hamzah, 23, turut berkongsi pandangan yang sama mengenai cintanya terhadap sambutan kemerdekaan di kalangan rakyat kali ini dilihat sangat berkurangan berikutan berhadapan dengan penularan virus tersebut.

 “Bagi saya, ekoran penularan penyakit berjangkit yang serius ini, rakyat seakan alpa dengan sambutan kemerdekaan, walau pun mereka tahu betapa pentingnya semangat kemerdekaan yang perlu ditonjolkan bagi menghormati dan mengingati mereka yang banyak memperjuangkan negara.

 “Hal ini, kerana ramai antara mereka, bimbang akan dijangkiti virus ini. Jadi mereka mengelakkan diri daripada berhadapan dengan khalayak,’’ katanya.

 Sementara itu, pelajar, Khairul Nizar Mohd Salleh, 22, pula lain pandangannya, tentang mengapa kali ini kelihatan kurangnya semangat di kalangan rakyat dalam menyambut hari kemerdekaan kerana katanya, ini disebabkan kurangnya minat dan kesedaran di kalangan rakyat tentang erti kemerdekaan.

 “Saya rasa, kes seumpama ini berlaku hanya disebabkan kurangnya minat dan kesedaran mereka untuk menjiwai hari yang bersejarah ini. Ini juga berikutan mereka yang langsung tidak ambil peduli untuk memahami erti-erti kemerdekaan.

 “Bagi saya hanya segelintir rakyat sahaja yang berfikir sekiranya menyambut kemerdekaan pada kali ini, berkemungkinan boleh menyebabkan mereka dijangkiti Virus H1N1.

 “Kadangkala, masyarakat harus sedar bahawa hakikat penyakit ini datang dari mereka sendiri yang membuat kerosakan di bumi dan inilah balasan Tuhan yang hanya sedikit menguji umat manusia. Ini tidak menjadi punca hilangnya semangat mereka untuk menyambut kemerdekaan,’’ katanya.

Published by Sinar Harian

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia dengan penuh rasa patriotik!!!

NOK KONA BODO!!!!!!!!!!!!

OLEH:CHE NORAINI CHE OMAR
Nok kona bodo!!!!!!!!!!!, ( Nak corner bodoh!!!!!) dalam bahasa melayu standart) itulah kata-kata kesat yang dilempar khas oleh seorang pemandu kereta wira terhadap seorang pemandu teksi ketika pemilik kata2 kesat tadi ingin u-turn yang pada ketika itu sebuah teksi berada di belakangnya. Walhal dalam keadaan itu, wanita berkenaan yang patut dipersalahkan kerana u-turn ditempat yang salah. tp lain lak jadinya.
Walaubagaimanapun, pemandu teksi berkenaan akhirnya melemparkan kata2 yang sama terhadap wanita yang dikenalpasti sebagai pengkid itu. Wanita itu kemudianya membalas balik kata-kata yang sama pada si pemandu teksi dengan perkataan mu bodooo laaaa dengan nada suara keperempuanan. Pada mulanya mungkin ingin tonjolkan watak kelakian itu, namun apakan daya kuasa untuk mengubah segalanya bukan ada pada kita. Akhirnya keluar suara lembut bagai perempuan kerana dia itu sememangnya perempuan. hahahahahaha.
Kejadiaan itu berlaku pada hari jumaat iaitu hari aku kena ditugaskan untuk cover pasal MB Kelantan di Dataran Ilmu Kota Bharu. Tujuan aku ke tempat itu untuk create story abt tok guru, tapi Tok Guru tak dapat hadir pada hari tersebut.. Walaupun tak dapat story abt tok guru, namun ada juga story yang paling menarik pada hari itu yang boleh aku create tok jadikan tatapan lucu buat aku dan editor aku yang turut serta pada hari itu. Kejadian yang berlaku iyu membuatkan kami gelak  terdekeh-dekeh sehingga keluar air mata. Kata aku pada editor, hari ini bukan jalan-jalan je sampai bawa balik yangan kosong, tp ada story yang lrbih menarik yang boleh kami olahkan. Kejadian itu berlaku tanpa diduga. Itulah storynya…….huhuhuhu.heheheheheh.

Salam menemui laman blogku

Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, bulan demi bulan, aku menunggu berakhirnya praktikal coz timbul rasa tak selesa atas beberapa faktor. Bukan cabaran nak buat story or  kuar ke assgmt. Tp ada faktor lain membuatkan aku tak dapat tumpu kepada praktikal…huuuhhh.ku mengeluh. tp bila difikir balik tak sepatutnya aku berbuat seperti itu kerana sikap sebegini bagai orang tak  leh terima kenyataan..Walau bagaimanapun apa jua tugas perlu ku pikul setakat yang termampu..Paling menarik cerita ku, stress hadapi kerja sampai demam akibat daripada reaksi kerja yang tak menentu. Ekoran daripada itu aku perlu banyakan  stamina diri

KESERDERHANAAN PRAKTIKAL DI BERNAMA TETAPI BANYAK MENIMBA ILMU DAN PENGALAMAN.

Salam ceria ditujukan khas kepada sume pembaca dan tak ketinggalan kepada rakan -rakan seperjuangan yang menjalani latihan  praktikal di Agensi -agensi Kerajaan mahupun swasta.  Sepanjang praktikal, kini baru  aku berminat untuk mengupdate blog yang sekian lama sudah pembaca menunggu kehadiran coretan aku..hehehehehe. Betul ke gitu? Sekarang ni aku menjalani latihan praktikal di Biro Bernama Kelantan. Di sini walaupun besederhana, tetapi aku banyak menimba ilmu dan pengalaman baru. Cara penulisan selalu diberi tunjuk ajar oleh penyelia2 di sini. Pengalaman seperti ini dah pernah ku lalui semasa menjalani latihan Pra Praktikal di UTUSAN MELAYU, KUALA LUMPUR.  Utusan juga banyak membimbing aku menulis story, mengajar aku sesuatu cabaran dan pelbagai aspek berkaitan dengan dunia kewartawanan. Tak kurang samanya di Biro Bernama Kelantan. Walaupun di sini sederhana, tetapi pengalaman baru dapat aku capai juga sepanjang praktikal hasil  dorongan dan galakan daripada wartawan-wartawan dan penyelia.  Kini dah masuk minggu ketiga aku praktikal, kadang2 ada juga time busynye. Cam dok HQ. Cuma tak nampak sangat kesibukan newsroom. Walau apa pun tetap best..”AKU KENA USAHA UNTUK BELAJAR CREATE STORY DAN PERLU RAJIN DAN CREATIVE UNTUK CARI ANGLE SERTA CREATE STORY,” KATA AKU KETIKA MENGELAMUN CORET STORY NI…..TAMAT BUAT SEKETIKA. JUMPA LAGI! HEHEHEHEHEHE..

Kembali ke laman blog

Salam kepada semua pembaca. Senjak dua menjak ini aku tidak berkesempatan untuk memasukkan ape2 entry disebabkan masa yang tidak mengizinkan dan idea yang tidak terlintas di dalam fikiran. Aku terasa amat merindui kepada laman blog, kerana dah lama sangat tidak mengunjungi. Hari ini berkesempatan untuk aku create sedikit coretan di dalam entry ini. Kepada rakan2 pembaca terlebih dahulu che ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester terutama kepada rakan-rakan pelajar USIM dan IPTA lain khasnya. Selamat menjalani latihan industri kepada rakan-rakan mahasiswa USIM yang bakal bertebaran di pelbagai Organisasi Kerajaan mahupun Swasta. Diharap kami rakan-rakan pelajar diterima oleh organisasi-organisasi  yang dipilih.

Lambang kemerdekaan

Lambang kemerdekaan

Hari ini..
Merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan sekuat hati
dengan senyuman, keriangan, kepuasan
Tanpa tangisan

50 tahun dahulu..
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka..
Dilaungkan dengan penuh rasa bangga
Tatkala ayat keramat kedengaran
Air mata rakyat kegembiraan mengalir,
menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan
kepada bangsa, agama dan negara

Kini 50 tahun berlalu..
Segala harapan dan impian 50 tahun dulu telah dicapai
Ku bangga melihat semua kejayaan ini
Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan
Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan?
Mereka tak mengerti, mereka lupa..

Kini..
Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan
Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata
buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua
Apa yang mereka rasa?
Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 50 tahun dahulu?

50 tahun..
Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan
di jiwa insan generasi baru
Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita
Adakah ia akan berkekalan selamanya?
Sedarlah kawan-kawanku
Carila erti kemerdekaan..
Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan
rakyat 50 tahun dulu
Jika kamu mahu 5000 tahun
merdeka tetap merdeka..

Nurkilan Md. Rz..Julai 07

Sajak yang aku copy melalu freind bloger dapat menjelaskan bahawa kemerdekaan itu amat bermakna dalam diri setiap individu, bukan sahaja merdeka daripada pejajahan malah kemerdekaan ini juga bebas daripada segala hawa nafsu selari dengan menyambut kemerdekaan negara disusuli dengan sambutan Ramadhan bulan mulia… Salam kemerdekaan kepada rakyat Malaysia dan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh negara. Semoga setiap amalan hambanya diberkati yang MAHA ESA..AMIN..

Hari Kemerdekaan Negara ke 51 disambut meriah, Perarakan daripada pasukan tentera yg sempat aku capture foto ini

Hari Kemerdekaan Negara ke 51 disambut meriah, Perarakan daripada pasukan tentera yg sempat aku capture foto ini