Archive for March 1st, 2008

SAJAK

MENCARI KIBLAT

Ketika aku keseorangan,

Hatiku tertanya-tanya,

Siapa diriku yang sebenar,

Aku seorang hamba,

Tatkala hidup di dunia penuh cabaran,

Penuh onak dan duri ku tempuhi,

Demi kasihku pada mu YA ILLAHI.

 

Walaupun begitu,

Aku seorang hamba yang penuh ternoda dengan kesilapan diri,

Banyak dosa yang telah ku lakukan,

Laksana air laut yang melimpah di pantai,

Tapi aku yakin,

Walaupun seorang hamba,

Jika berusaha dan berdoa, pasti akan diampunkanNYA.

 

Subuh menjelang tiba,

Di atas sejadah yang bagaikan permaidani syurga,

Aku bersimpuh menanti panggilan kalimahNYA,

Aku berkata,

YA ALLAH ,betapa kerdilnya hambamu ini,

Yang kadang-kala ingin mengikut hawa nafsu sendiri,

Tapi baru kini ku sedar akan hakikatnya,

Aku dicipta bukan untuk dunia semata-mata,

Malah, aku dicipta untuk Tuhanku yang Maha ESA.

 

Hasil nukilan,

Che Noraini Bt Che Omar (1050059

Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan (Komunikasi)

Pengkhususan Kewartawanan

Universiti Sains Islam Malaysia.

CERPEN

                             “DI MANA JANJI-JANJI MANISMU SAYANG”

Tanggal 3 oktober 1965 lahirlah seorang cahaya mata hasil perkongsian hidup seorang seorang ibu yang bernama Zainab dengan suaminya Yusof. Cahaya mata ini adalah anak tunggal kepada suami isteri ini. Keluarga ini berasal daripada keluarga yang serba kekurangan.Namun begitu, mereka tetap tabah menghadapi apa jua kesempitan hidup demi anak kesayangan yang diberi nama Ayu, kerana Ayu adalah satu-satunya anak mereka walaupun sudah sekian lama mereka berkahwin. Mereka berkahwin hamper lima belas tahun baru dikurniakan seorang cahaya mata. Mereka sangat bersyukur pada Allah kerana memberi rezeki yang tidak ternilai harganya. Anak ini dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan.

Tujuh tahun kemudian, anak kepada sepasang suami isteri ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temenggor. Kedua-dua pasangan ini amat bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Tuhan untuk memberi pendidikan formal kepada anaknya walaupun dibebani kesempitan hidup. Falsafah mereka” demi anak kesayangan, apa jua cabaran tetap kami redahkan.”

Setiap hari Pak Yusof menghantar anaknya ke sekolah seawal jam 7.00 pagi. Pak Yusof bekerja sebagai penoreh getah, manakala ibu Zainab membuat kuih dan nasi lemak yang dijual di warung Pak Samad. Beginilah rutin hidup mereka bak kata pepatah,” kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” Inilah realitinya.

Hampir jam 7.20 malam, azan magrib bekumandang, mereka sekeluarga sembahyang berjemaah.Selepas solat, Pak Yusof mengajar anaknya mengaji al-qur’an. Selepas mengaji antara waktu magrib dan isyak Pak Yusof dan ibu Zainab sengaja ingin tanyakan pasal cita-cita anak kesayangan mereka

Ayu, mak nak tanya, apa cita-cita Ayu bila besar nanti ?

Ooo…Ayu bercita- cita nak jadi doktor yang boleh merawat ibu dan ayah

sewaktu sakit. Jawab Ayu sambil tersenyum.

 

****************************

Ibu dan ayahnya pada ketika itu menjadi pendengar yang setia sambil berlinangan air mata mendengar kata-kata manis dari mulut anak kesayangan mereka. Pasangan ini lebih bersemangat untuk bekerja keras demi mencapai cita-cita anak mereka.

Sepuluh tahun kemudian, Ayu kini berusia tujuh belas tahun. Tahun ini dia akan menduduki peperiksaan yang menentukan masa depannya iaitu Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Janji Ayu pada ibu dan ayahnya ialah ingin belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya sebagai seorang doctor. Kata-kata manis Ayu masih teringat dalam benak ibu dan ayahnya. Ayu mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tun Muzzafar, di mana sekolah inilah tempat Ayu menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Tanggal 10 oktober 1982 peperiksaan SPM bermula. Beberapa hari sebelum peperiksaan bermula, Ayu mendapat izin ilmu daripada kedua-kedua orang tuanya serta para gurunya. Hari pertama peperiksaan ialah kertas Bahasa Melayu, diikuti dengan Pendidikan Islam, dan seterusnya, sehingga berakhir dengan kertas Biologi yang mana subjek ini, subjek yang paling diminatiAyu.

Beberapa bulan selepas peperiksaan SPM, Ayu hanya duduk di rumah menolong ibunya di dapur dan membuat kuih untuk dijual di warung Pak Samad sambil menunggu keputusan Spm diumumkan.

Pada awal Februari 83 keputusan SPM diumumkan. Ternyata Ayu dinobatkan sebagai pelajar cemerlang, gemilang, dan terbilang di Sekolah Menengah Tun Muzzafar. Ayu bersama kawan-kawannya pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan. Ayu berasa bangga walaupun anak gadis kampung yang hidup dalam serba kekurangan jika berusaha akan berjaya. Ayu tidak sabar pulang ke rumah memberitahu ibu dan ayahnya akan berita tersebut. Setelah sampai ke rumah, Ayu terus menuju kearah ibunya di dapur yang sedang memasak pada ketika itu untuk memberitahu ibu tentang kejayaannya. Ibu Zainab bangga dan menangis kerana terharu atas kejayaan anaknya itu.

Keesokan harinya Ayu dibantu oleh guru-gurunya untuk mengisi borang masuk ke IPTA. Ternyata pilihan pertamanya ialah Jurusan Kedoktoran di Universiti Malaya. Setelah beberapa bulan menunggu keputusan masuk ke IPTA, maka awal April 1983 keputusan masuk ke IPTA diumumkan. Ayu sekali lagi mendapat berita grmbira kerana dia berjaya di tempatkan di IPTA iaitu di UM dalam Jurusan Kedoktoran.

Ibu bapanya serta jiran-jiran sekampung bangga, kerana Ayu adalah anak gadis kampung pertama masuk ke IPTA dalam Jurusan Kedoktoran.

Ayu cukup gembira, tapi dalam masa yang sama dia juga berasa sedih memikirkan tentang kewangan untuk masuk Universiti. Dia malu untuk bertanya pada ibu dan ayahnya tentang masalah kewangan kerana dia tahu mereka tidak punya wang.

Pada malamnya mereka solat mahgrib bersama-sama. Selepas solat mahgrib, Ayu dengan rasa rendah diri bertanya pada ibu dan ayahnya tentang masalah kewangan untuk ke Universiti.

 

Mak,….,Ayah….., Ayu nak tanya, boleh tak? Tapi, Ayu segan….

Ayu nak tanya apa? Cakaplah pada Mak dan Ayah…kalau kami boleh tolong..Kata Ibunya.

Begini Mak…Ayu nak tanya pasal wang, cukup tak untuk belanja Ayu masuk Universiti ? Ibu dan Ayahnya tersentak seketika, apabila mendengar persoalan yang diajukan oleh anaknya itu.

Ooo….pasal wang, Ayu jangan bimbang, yang penting cita-cita Ayu tercapai. Mak dan Ayah kamu akan usahakan untuk dapatkanya. Lagipun hasil peniggalan atuk kamu masih ada lagi. Mak akan jual tanah kat kampung. Jawab Ibu Zainab dalam keadaan tenang sambil berlinangan air mata.

 

***************************

 

Ibu Zainab menjual tanah hasil peninggalan ayahnya di kampung. Wang hasil daripada jualan tanah digunakan untuk perbelanjaan masuk Universiti. Perasaan Ayu cukup terkilan melihat pengorbanan ibu bapanya.yang ingin melihat kejayaannya kelak. Beberapa hari selepas persiapan, akhirnya Ayu berjaya juga menjejak kaki ke menara gading. Walaupun berat untuk meninggalkan orang tuanya yang kurang sihat pada ketika itu. Tetapi berfalsafahkan “ demi cita-cita, pastiku hadapi segalanya’’ yang mendorong dirinya untuk belajar.

Pada awal semester, Ayu tidak dapat sesuaikan diri di alam kampus. Tapi setelah beberapa bulan, dia sudah boleh sesuaikan dirinya dengan suasana kampus yang penuh cabaran.

Setelah dua tahun menjadi warga kampus, Ayu bertemu dengan seorang lelaki yang dianggap kawan pada mulanya yang satu fakulti dengannya iaitu Fakulti Perubatan, Jurusan Kedoktoran. Nama kawan Ayu ialah Aiman iaitu anak kepada Pegawai Esekutif Pemasaran dekat Ibu Negara..Aiman ialah anak tunggal dalam keluarga yang juga sama dengan Ayu. Antara mereka saling berkenalan, kemudian mengikat satu ikatan yang lebih serius. Beberapa tahun Ayu berada di UM, dia dipindahkan ke University Of Oxford London bagi menyambung pelajaran yang juga dalam jurusan kedoktoran. Setelah beberapa bulan berada di Luar Negara segala-galanya berubah. Dia tidak lagi menghiraukan ibu dan ayahnya di kampung. Sukar untuk tanyakan khabar tentang kesihatan orang tuanya kerana mempunyai kenalan dengan anak orang kaya, yang lebih sedih lagi, Ayu telah membohongi temannya bahawa kedua-kedua orang tuanya sudah meninggal, kerana tidak mahu temannya Aiman mengetahui bahawa dia berasal daripada keluarga miskin.

Ibu bapanya di kampung sentisa memikirka tentang kesihatan dan kewangan anaknya di Universiti. Sebenarnya Ayu dah lama tidak menghubungi ibunya” Ibarat kacang lupakan kulit.”

Pada tahu 1990, Ayu tamat pengajian. Kini bertugas sebagai Pegawai Perubatan Hospital Universiti Malaya di Ibu Negara. Temannya Aiman bekerja sebagai doctor di Klinik Swasta miliknya sendiri. Setelah lama mereka berkenalan, antara mereka saling cinta-mencintai. Kemudian, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi, bakal mertuanya tidak setuju dengan pilihan anaknya itu kerana Ayu gadis kampung. Mak Aiman ingin jodohkan dengan gadis yang setaraf dengan keluarganya iaitu anak kepada Dato’ Zainal. Tapi anaknya Aiman tetap dengan keputusan untuk kahwini Ayu walaupun tanpa persetujuan ibunya. Akhirnya mereka berkahwin jua.

Beberapa bulan mereka berkahwin masih lagi ada tentangan daripada mertuanya. Ayu tidak tahan dengan tohmahan yang selalu dilontarkan oleh mertuanya.

 

Kedua-dua ibu bapanya kini sudah tua. Mereka berhajat untuk ke Tanah Suci Sebelum ke Tanah Suci,ingin sekali mereka untuk menatap wajah anaknya yang sudah sekian lama tidak balik kampung.

 

Abang, saya ingin sekali melihat anak kita Ayu. Saya rindu Ayu abang….Kata ibunya kepada ayah sambil menangis. Saya juga sama, Zainab. Tapi, Ayu sekarang dah lupakan kita berdua. Entah di mana dia sekarang…..

 

**************************

 

Bulan haji kini sudah tiba masanya. Kedua-kedua ibu bapanya pergi ke Tanah Suci tanpa menatap wajah anaknya yang sangat dirindui. Sebelum ke Tanah Suci ramai jiran yang datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada kedua-kedua bakal haji. Ada diantara mereka bertanyakan tentang anaknya Ayu. Ibu Zainab tidak dapat memberikan apa-apa jawapan. Jiran mereka yang dikenali sebagai Pak Samad sungguh baik. Dialah yang menguruskan segala-galanya tentang pengurusan ke Tanah Suci.

Sebelum bertolak Pak Yussof dan Ibu Zainab dari rumahnya, kalimah qudus dilaungkan iaitu azan yang dilaungkan oleh bilal kampung tersebut. Mereka bertolak dalam keadaan tenang. Pada hari itu, para jiran sungguh sayu melihat pemergian Pak Yussof dan isteri ke Tanah Suci tanpa ada anaknya disisi. Suasana kampung cukup pilu pada ketika itu.

Hampir dua tahun Ayu berkahwin, masih tidak mempunyai anak. Mertuanya ingin sekali menimang cucu. Mertuanya masih lagi tidak boleh terima kenyataan. Setiap kali Ayu pulang ke rumah selalu dimarahi. Ibu Aiman membuat keputusan supaya Aiman menceraikan Ayu secepat mungkin dan kahwin dengan Natasya iaitu anak kepada Dato’ Zainal, kerana Ayu tidak dapat memberi keturunan kepada suaminya dan mertuanya.

Setelah Aiman pulang ke rumah, terus ibunya menuju kearah Aiman kerana ingin memberitahunya supaya ceraikan Ayu.

 

Aiman! mama dah tak tahan dengan isteri kamu. Begini sajalah , kamu ceraikan Ayu, dan mama ingin kamu kahwin dengan Natasya, faham! Lagipun Ayu tidak dapat memberikan zuriat kepada keluarga kita.

Mama! Kenapa cakap macam tu? Jerkah Aiman kepada mamanya. Ayu orang baik mama…Dia adalah isteri yang saya cintai. Sampai hati mama buat Aiman macamni.. Jawab Aiman dengan nada yang tinggi. Baik! Kamu fikir masak-masak Aiman, sebelum terlambat. Jawab mamanya.

 

**************************

 

Aiman pada ketika itu bingung dengan masalah ini. Segala urusan pejabatnya tidak terurus dibebabani masalah ini. Akhirnya Aiman mengambil keputusan menceraikan Ayu. Akhirnya Ayu sah diceraikan dengan talak satu. Aiman rasa bersalah, tetapi demi ibunya dia terpaksa.

Kini segala tugasan Ayu di pejabat juga terbengkalai setelah diceraikan oleh Aiman. Ayu sekarang tidak tahu di mana hala tujunya. Dia tidak lagi mempunyai tempat bergantung, selain ibu bapanya yang sebelum ini katanya sudah meninggal. Setelah ditimpa masalah sedemikian, baru kini Ayu sedar apa yang sudah dia lakukan pada ibu bapanya. Cita-citanya sudah tercapai. Tetapi janji-janji manis yang diberikan kepada orang tuanya tidak dikotakan. Ayu ingin sekali balik ke kampung untuk melihat wajah ibu dan ayahnya yang sudah sekian lama tidak menatapnya.

Tanggal 2 september 2002, Pak Samad menerima panggilan daripada Lembaga Tabung Haji. Pak Samad diberitahu bahawa Pak Yussof dan Ibu Zainab meninggal di Tanah Suci dan selamat dikebumikan oleh pihak Tabung Haji sendiri. Hampir setahun mereka meninggal dunia, baru anaknya Ayu pulang ke kampung untuk melihat ibu bapanya.

Setelah Ayu kembali ke kampung, Ayu melihat segala-galanya berubah. Dia terus menuju ke rumahnya untuk memberitahu ibu dan ayahnya bahawa dia sudah pulang. Ayu hairan melihat rumahnya semua terkunci. Dia memanggil ibu dan ayahnya. Tetapi, tiada siapa yang menjawab. Setelah itu, Ayu terus ke rumah Pak Samad menanyakan kemana ibu dan ayahnya pergi. Setelah sampai ke rumah Pak Samad, lalu tertanya-tanya Pak Samad siapa gadis ini. Ayu dengan segera memberitahu siapa dirinya dan ingin sekali berjumpa dengan orang tuanya.

 

Buat apa kamu balik? Kata Pak Samad kepada Ayu dengan nada yang tinggi…Ayu tersentak seketika mendengar kata-kata Pak Samad. Ayu tertanya-tanya persoalan itu dalam bisikan hatinya.

Kamu sudah terlambat Ayu…! Di mana janji-janji manismu kepada orang tuamu.? Di mana?….Di mana?…. Marah Pak Samad kepada Ayu, sambil menangis.

 

************************

 

Ibu dan ayah kamu sudah meninggal di Tanah Suci setahun yang lepas… Kata Pak Samad. Ayu mendengar kata-kata itu lalu menangis teresak-esak mengenang ibu bapanya, kerana dia tidak sempat mengotakan janji-janji manis kepada orang tuanya.

Buat apa kamu menangis? Ini semua salah kamu…sudah la…. Yang pasti selepas ini, kamu perlu banyak-banyak beristighfar dan bertaubat pada Allah serta perbanyakkan doa untuk orang tuamu. Semoga mereka berdua berada dalam golongan As-solihin… Kata Pak Samad dengan keadaan tenang. Ayu tunduk sambil menangis tandanya akur dengan nasihat Pak Samad.

 

**************************************

 

 

Hasil karya,

CHE NORAINI BINTI CHE OMAR,

IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN,

PENGKHUSUSAN KEWARTAWANAN,

FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA